Moonton

MOBILE

[RASMI] Leixia kembali ke dalam Team Caracal

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh Team Caracal sebelum ini, mereka mengacah pemain yang tidak diketahui namanya.

Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan oleh netizen, kini Team Caracal mengesahkan bahawa Leixia kembali ke pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CbwwlKlltWD/

Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG dan kemudian mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.

Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti atau adakah dia akan diberikan role baru pada minggu ketujuh ini? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Caracal

Read More

MOBILE

Moonton akhirnya mengurangkan kekuatan Masha

Masha adalah salah satu hero yang paling kerap dikenakan ban di dalam MPL MY musim ke-9. Ini kerana hero ini sangat menjengkelkan untuk pasukan lawan hadapi.

Hero ini mampu memperlahankan kadar farming jungler pasukan musuh dengan merusuh ke arah buff di minit awal permainan.

Kekuatan Masha yang susah untuk ditumbangkan mengakibatkan jungler pasukan musuh tidak dapat menghentikan asakannya di minit awal permainan.

Malah, perubahan pada bar nyawa memberikan Masha kelebihan dari segi HP dan pada masa sama mengenakan damage berterusan tanpa berbalas kecederaan sangat.

Oleh kerana faktor ini, Moonton sudah melakukan kemaskini dan mengurangkan kekuatan Masha. Kekuatan pertahanan fizikal dan pertahanan magik dikurangkan.

Selain itu, skill pertamanya dikurangkan damage dan ultimate Masha yang begitu menyakitkan dilemahkan oleh Moonton.

Adakah kita akan melihat Masha diambil pada minggu ke-7 ini? kita bakal saksikan.

Sumber: Mobile Legends fandom

Read More

MOBILE

[RASMI] DarA, Ryeb dan Paaa dari Team OP dikenakan ban dua tahun

Tiga pemain Team OP, darA, Ryeb dan Paaa akhirnya dikenakan ban selama dua tahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB.

Dalam satu hantaran sebentar tadi, MPL SG mengenakan hukuman itu atas isu provokasi terhadap pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus).

Sementara itu, Bush pula dikenakan ban setahun saja dari kejohanan MLBB dan MPL.

Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana salah urus pemain.

Menurut MPL SG, mereka mula melakukan siasatan pada 29 Mac mengenai perlawanan ranked yang membabitkan pemain pasukan Geek Fam dan Team OP.

Didapati ketiga-tiga pemain meninggalkan komen berbaur agama di ruangan chat manakala Bush pula menimbulkan gangguan.

MPL SG juga berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab sosial dan tidak melakukan perkara yang kurang senonoh.

Mereka juga akan memperbaiki segala operasi di masa depan bagi menangani isu seumpama ini.

Read More

MOBILE

“Kenapa siasatan mengambil masa terlalu lama?” – Geek Fam

Organisasi e-sukan, Geek Fam meluahkan rasa kecewa terhadap insiden provokasi yang membabitkan pemain MLBB mereka, Nik Aqieff (Dominus) dengan pemain Team OP dari Singapura.

Dalam satu perlawanan rank, pemain Team OP melemparkan komen yang berbaur perkauman dan agama malah tindakan mereka itu dirakam secara langsung (di mana Dominus sedang livestream).

Wakil Geek Fam ketika dihubungi berkata, pihak Moonton mengambil masa lebih dua hari untuk menyiasat kes ini sedangkan ia boleh diselesaikan tanpa mengambil masa yang lama.

“Pertama sekali, kami tak berkenan dengan masa siasatan insiden ini yang mengambil masa lebih dua hari.

“Semalam kami dijanjikan untuk keputusan siasatan tapi sehingga hari ini belum menerima apa-apa,” katanya kepada MyGameOn.

Selain itu, mereka juga berkata permohonan maaf Team OP mengeruhkan keadaan dengan menyebut pihak lawan (Dominus) yang memulakan taunting itu (lihat rajah di atas).

“Mereka tak ikhlas dalam permohonan maaf kerana menyebut Dominus yang memulakan segalanya. Ini tak benar. Moonton sendiri ada tangkap layar dan recording siaran langsung,” katanya.

Tambah Geek Fam lagi, mereka adalah organisasi e-sukan yang berbilang kaum dan tidak mengamalkan rasisme.

“Jurulatih kami warga Singapura dan hampir semua pemain kami adalah Muslim. Pemilik Geek Fam pula seorang berbangsa Cina.

“Kami tak pernah sekalipun rasis atau menimbulkan isu sebegini di dalam atau di luar organisasi.

“Itulah sebabnya kami kecewa akan hal ini kerana ia tidak selari dengan visi dan pendirian kami,” katanya.

Geek Fam menambah, mereka berharap Moonton menyegerakan siasatan ini dan keadilan dapat dituntut oleh mereka yang menjadi mangsa.

Kini, tiga pemain Team OP sudah ditamatkan kontrak dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kami sudah menghubungi pihak Moonton untuk mendapatkan kenyataan mengenai status siasatan ini namun masih belum berjaya.

Read More

MOBILE

“Jangan pernah bawa isu agama dalam ‘game’,”- Kelvin Pang

Berikutan isu provokasi yang sedang hangat dibicarakan ini, seorang pengguna Facebook iaitu Kelvin Pang, meluahkan rasa kecewa terhadap isu ini.

Katanya, sebagai seorang individu yang mempunyai ramai kawan beragama Islam, dia menekankan hal berkaitan agama tidak sepatutnya dibawa ke dalam industri e-sukan.

“Saya tak kisah awak datang dari mana. Jangan gelar diri anda seorang profesional jika anda tidak mempunyai kesopanan dan tidak mempunyai sedikit pun toleransi berkaitan agama.

“Walaupun anda mahir dalam permainan, tetapi jika anda tidak boleh berusaha menjadi manusia yang baik di luar, tiada gunanya,” katanya.

Dia juga menyatakan, setiap tindakan yang dilakukan pasti mempunyai kesan.

“Seseorang pemain professional seharusnya menjadi contoh yang baik kerana apa yang dia cakap dan apa yang dia buat akan diperlihatkan kepada orang ramai.

“Kini tiba masa untuk membayarnya,” tulisnya.

Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran agar tidak akan berlakunya isu provokasi ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan menulis komen yang dianggap provokasi kerana membabitkan agama kepada pemain Geek Fam, Dominus.

MPL MY juga sedang menyiasat isu ini.

Foto: Facebook Kelvin Pang

Read More

MOBILE

Isu provokasi: MPL MY sedang siasat

Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP, pihak MPL MY pantas membuat keputusan. Katanya, isu itu sedang dalam siasatan.

Ia berkaitan insiden membabitkan pemain Geek Fam dan Team OP yang berlaku pada pagi hari ini. 

https://www.instagram.com/p/CbriXiatJ3Y/

Mereka juga berkata maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana siasatan sedang dijalankan.

Marilah kita sama-sama menantikan hasil siasatan mereka yang akan diumumkan nanti.

Terdahulu, Team OP dipercayai melakukan provokasi dengan menulis komen berbaur agama dan rasisme.

Sumber: MPL MY

Read More

MOBILE

Isu Rekt: Nocturn akan bersikap tegas terhadap netizen

Berikutan isu kapten EVOS Legends iaitu Rekt “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan.

Dia menyatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah dengan pihak yang terlibat dan dia secara peribadi sudah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Namun begitu, para netizen dan EVOS Fam tidak berpuas hati sehingga kini dan melakukan doxing ke atas dirinya serta mempersendakan pasangannya di dalam media sosial.

https://www.instagram.com/p/CbpR61vLk6u/

Oleh kerana itu, dia akan bersikap tegas dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tentang isu ini kerana ianya sudah berada di luar kawalan.

Menurutnya juga, nombor peribadinya sudah disebarkan oleh netizen ketika ini. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber: @emak_moba

Foto: GGWP.ID

Read More

MOBILE

Team Lemah sertai RED Esports?

Pasukan RED Esports baru sahaja mengumumkan mereka akan bermain di MPL MY musim ke-9 selepas mereka mendapat slot dari Team Bosskurr. Kini RED Esports sekali lagi mengacah barisan pemain baru mereka yang terdiri dari pasukan Impact. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka. https://www.instagram.com/p/CZYbuTfrJSw/ Menurut RED, pasukan Impact adalah pasukan MLBB yang berstatus underdog. Mereka juga menggunakan hashtag Team Lemah di dalam hantaran itu. Adakah Team Lemah akan menjadi pelapis untuk pasukan RED Esports? Setakat ini kita masih belum mengetahui barisan pemain MPL MY musim ke-9 untuk pasukan RED Esports. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka tidak lama lagi.  

Read More

MOBILE

Bigetron Era muncul juara MWI 2022

Kejohanan Jemputan Wanita MLBB (MWI) kini sudah tamat, pemenang yang berjaya membawa piala ini tidak lain tidak bukan adalah Bigetron Era.

Bigetron Era sememangnya terkenal dengan kekuatan mereka di dalam liga wanita MLBB di Indonesia. Mereka kerap menjadi juara dan digelar queen of sea oleh para peminat.

https://www.instagram.com/p/CZWuUBiPe7F/?utm_medium=copy_link

Selepas menewaskan pasukan tanah air iaitu Karra, mereka mara ke peringkat akhir. Mereka menang mudah ke atas pasukan GPX Basreng dengan skor 3-1.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bigetron Era dan syabas diucapkan kepada Karra dan OnAir kerana sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Malaysia.

Foto: Bigetron Esports

Read More

MOBILE

Moon kini sudah bertunang

Raja Mage Malaysia iaitu Todak Moon atau nama sebenarnya Zikry Shamsuddin kini sah bergelar tunang orang.

Moon memuat naik ucapan tahniah dari rakan-rakan serta peminat di Instagram Story beliau.

Tahniah diucapkan kepada Moon di atas ikatan pertunangan ini. Semoga beliau beroleh rezeki untuk meneruskan hasrat untuk mendirikan masjid tidak lama lagi.

Read More

MOBILE

[RASMI] Le Josette menjadi duta Todak Gaming

Selepas berteka-teki selama 2 minggu. Kini pasukan Todak mengumumkan Le Josette menjadi duta buat Todak Gaming.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi Todak sebentar sahaja tadi.

https://www.instagram.com/p/CZOsl1qh49o/

Beliau adalah seorang cosplayer dan juga streamer, sangat digemari oleh peminat tempatan dan memainkan peranan penting di dalam komuniti permainan video di Malaysia.

Ramai di antara peminat yang sudah dapat menduga tentang Le Josette ini dari saat Todak mula membuat pengumuman akan ada satu kolaberasi baru 2 minggu lepas.

Tahniah diucapkan dan selamat datang kepada Le Josette ke dalam keluarga Todak.

Foto: Le Josette

Read More

eSPORTS

[RASMI] Xorn pilih untuk rehat

Selepas pendedahan barisan pemain baru pasukan Geek Fam MY untuk MPL MY musim ke-9. Xorn tidak berada di dalam barisan pemain baru itu dan ada ura-ura mengatakan beliau akan rehat dari arena kompetitif buat sementara waktu.

https://www.instagram.com/p/CZOP7UXllMs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=eb6ac424-b8ba-4454-abb0-c7e4c985885a

Geek Fam menyatakan mereka akan membuat satu pengumuman khas untuk menjelaskan hala tuju Xorn pada jam 8 malam.

Di dalam penstriman langsung di Youtube, Xorn menjelaskan bahawa beliau tidak akan bermain untuk MPL MY musim ke-9.

“Saya mengambil keputusan untuk berehat kerana sudah terlalu lama berada di dalam arena kompetitif dan diri saya perlu rehat, saya perlu mengambil masa untuk hilangkan tekanan. Saya bermain dari MPL musim pertama sehingga sekarang, tidak pernah menjadi pemain simpanan dan MPL MY musim ke-9 menjadi penamat buat saya.” ujar beliau.

“Keputusan dibuat selepas diberitahu kepada jurulatih dan kemudian pengurus dan ahli pasukan. Agak berat untuk mereka menerima keputusan ini, namun mereka sedar ia bukan sesuatu perkara yang boleh dipaksa. Jika pemain itu dipaksa sedangkan beliau ingin rehat, ia akan menjadikan situasi lebih sukar. Selepas ini saya akan lebih kerap melakukan penstriman dan akan buat lebih content untuk pasukan Geek Fam.” tambah beliau.

Anda boleh melihat video penuh di sini.

 

Read More

Showing 37 - 48 of 106 Results