Moonton

Xorn sah dipinjamkan ke Team SMG

Jendela perpindahan yang diumumkan semalam menjadi satu peluang untuk pasukan MPL MY membawa masuk pemain baru bagi melengkapkan corak permainan mereka.

Juara musim kelapan iaitu Team SMG baru sahaja mengumumkan kemasukan pemain veteran Geek Fam iaitu Xorn sebagai pemain pinjaman.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Pengumuman itu dibuat oleh Team SMG di akaun rasmi Instagram mereka. Adakah King of Emote ini akan bersinar bersama Team SMG di musim kesepuluh ini? Kita bakal saksikan.

Terdahulu, pasukan Geek Fam gagal untuk mendapat slot MPL musim kesepuluh oleh kerana mereka tewas di tangan pasukan Team Lemah yang kini digelar sebagai Team Lunatix di peringkat kelayakan MPL MY.

Foto: Team SMG

Read More

MPL MY: Jendela perpindahan akan dibuka nanti, ada ahli pasukan Geek Fam bakal masuk?

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesepuluh akan memulakan jendela perpindahan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram MPL MY.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Nampaknya bakal ada pemain-pemain baru yang akan masuk untuk mengisi barisan pemain pasukan-pasukan MPL nanti.

Atau mungkin akan ada ahli pasukan yang bakal terkeluar dari barisan pemain kali ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Memandangkan pasukan Geek Fam tidak layak ke MPL MY musim ke-10, kemungkinan ada ahli pasukan mereka akan berpindah ke pasukan MPL MY nanti.

Mereka juga mengacah Dominus bertanyakan soalan tentang jendela perpindahan ini.

Adakah kita akan dapat melihat ahli pasukan Geek Fam akan masuk ke dalam salah satu pasukan? Kita bakal saksikan.

Read More

Ini jawapan Dlarskie tentang statusnya bermain di skuad utama EVOS Legends

EVOS Legends baru sahaja mengumumkan kemasukan pemain dari Filipina iaitu Dlarskie yang akan bermain di posisi Exp Laner.

Namun begitu, dia masih belum diturunkan untuk bermain di pentas MPL ID setakat ini.

Dlarskie membuat satu kenyataan di laman Twitter rasminya berkaitan statusnya bermain untuk pasukan Sang Macan Putih itu. Menurutnya, dia akan turun bermain dan jangan berhenti berikan sokongan kepada EVOS.

“Kepada semua orang yang mengirimkan PM (Private Message) kepada saya dan terus memberikan sokongan, tunggu saya. Saya akan segera bermain dan terima kasih kepada anda semua. Sokong EVOS,” tulis Dlar di dalam ciapan itu.

Pada minggu ini, EVOS Legends bakal bermain satu perlawanan menentang Geek Fam ID di mana mereka memberikan saingan semenjak kemasukan Baloyskie di dalam pasukan.

Adakah Dlarskie bakal diturunkan ke skuad utama pada minggu ini? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, ONIC ID mencatatkan permulaan yang baik dengan kemasukan pemain Filipina, Kairi. Mereka menang 2-0 ke atas Rebellion Zion

Sumber: ONE Esports

Read More

M4 di Jakarta?

Kejohanan Dunia Mobile Legends M4 menjadi satu pertandingan antarabangsa yang mengumpulkan pasukan MLBB dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara dunia.

Tidak banyak info yang kita ketahui selain tarikh pertandingan itu akan diadakan pada 1-15 Januari tahun depan.

Namun begitu, di dalam satu perkongsian video di saluran Youtube MPL ID tempoh hari, kita dapat lihat poster Kejohanan Dunia M4 memaparkan lokasinya di Jakarta, Indonesia.