MLBB

MOBILE

Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia. Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.
Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin. Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu. Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.

Read More

Bekas pemain EVOS SG, JPL dan Youngin tubuhkan organisasi e-sukan, disokong oleh Avium

Bekas pemain EVOS SG, Akihiro “JPL” Furusawa dan Daryl “Youngin” Ng kini menubuhkan organisasi e-sukan mereka, Slate Esports.

Yang menariknya, mereka disokong oleh Avium dan akan bertanding dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Singapura pada September ini.

Sebelum ini, pasukan EVOS SG dibubarkan dan kesemua pemain membawa haluan masing-masing bermula Julai lalu.

Kebanyakan pemain Slate Esports adalah dari EVOS SG yang dibubarkan di mana mereka mendapat tempat keempat pada Kejohanan Dunia MLBB, M3, Disember lalu.

Sokongan Avium ini bagi memastikan Slate Esports akan mewakili jenama ini dan mengikut ekosistem Avium yang merangkumi model Founder’s Pass.

Dalam ekosistem ini, mereka menggunakan platform Web3 yang mana matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada pembina mencipta IP sendiri.

Pastinya harapan JPL dan Youngin dalam menubuhkan organisasi e-sukan sendiri akan menjadi lebih cerah di bawah kelolaan Avium.

Justeru, mereka mensasarkan untuk berjaya ke Kejohanan Dunia, M4 tahun depan di Jakarta, Indonesia. M4 akan mempertandingkan hadiah terkumpul AS$800,000 dan disertai oleh pasukan MLBB terbaik dunia.

Read More

“Saya lebih selesa bermain di gold lane, tapi dah ada Sasa,” – ZaimSempoi

Perlawanan kedua di hari terakhir minggu keempat MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Todak akan sekali lagi menentang Team SMG.

Kedua-dua pasukan ini dikatakan antara pasukan yang terkuat di MPL MY. Perlawanan pertama dimulakan dengan Todak mempunyai kelebihan pada minit awal permainan.

Namun begitu, aksi yang sangat cemerlang ditonjolkan oleh Sasa yang berjaya mendapatkan triple kill menggunakan Beatrix berjaya menukarkan keadaan dan mereka berjaya menggenggam perlawanan pertama.

Perlawanan kedua menjadi milik Team SMG apabila rotasi mereka yang sangat baik dan menyekat Rival dari mendapatkan farm.

Pasukan Todak yang mempunyai kekurangan dari sudut ekonomi menyebabkan mereka tidak dapat menahan asakan dari Team SMG.

Walaupun Hate tidak diturunkan, nampaknya kombo Xorn bersama ZaimSempoi membuahkan hasil untuk Team SMG.

Ketika temubual kemenangan kepada Team SMG sebentar tadi, Zaim menyatakan dia lebih selesa bermain di gold lane.

“Sebenarnya saya lebih selesa bermain di Gold Lane, akan tetapi sudah ada Sasa, jadi saya hanya mengisi kekosongan posisi yang ada.”

“Terima kasih kepada peminat pasukan SMG yang datang memberikan sokongan kepada kami. Kami akan buat lebih baik lagi di minggu hadapan.” kata Zaim.

Foto: MOONTON Games

Read More

“Perbezaan Rival dan saya banyak. Salah satunya, Rival masih ragu-ragu,” – Ciku

Peringkat liga MPL MY musim ke-10 minggu keempat pada hari ini menyaksikan pasukan Todak akan menentang pasukan Suhaz Epsorts.

Pasukan Todak mengalami kesukaran di perlawanan kedua apabila mereka ditewaskan dengan skor 0-14.

Namun begitu, Todak membuat keputusan untuk membawa masuk Danial Fuad (Ciku) kembali ke dalam barisan pemain untuk perlawanan ketiga.

Ciku menggunakan Ling kali ini dan membantu Todak untuk mendapat kelebihan di minit awal permainan.

Akan tetapi, pasukan Suhaz Esports terus mengasak pasukan Todak untuk menghentikan corak permainan agresif yang ditunjukkan oleh Todak.

Pasukan Suhaz menghukum pasukan Todak akan tetapi Momo berjaya menyelamatkan keadaan dengan penggunaan Crossbow of Tang yang baik.

Todak mula bangkit dan mereka mendapatkan Lord pada minit ke-21 bagi melakukan push ke arah base pasukan Suhaz. Pasukan Todak akhirnya mendapatkan kemenangan 2 berbalas 1.

Di dalam temubual kemenangan selepas menewaskan pasukan Suhaz Esports, Ciku berkata jurulatih pasukan Todak inginnya turun bermain.

“Saya mengikut keputusan jurulatih iaitu Hazim yang mahu saya turun padang.

“Perbezaan saya dan Rival adalah dia bermain dengan bagus namun masih ragu-ragu dengan keputusan jika ingin membuat sebarang tindakan di dalam permainan.” jawab Ciku ketika ditanya perbezaan dirinya dan Rival.

Dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat-peminat Todak dan juga Suhaz yang memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan.

Read More

“Ini kali pertama jadi jurulatih dan juga pengurus,” – Dragon (RED Esports)

Perlawanan pertama minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia menyaksikan pasukan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Team Caracal membawa masuk barisan pemain baru yang juga bekas pemain Suhaz Esports, Eavy, AJ dan juga D’Ace. Mereka ditewaskan di perlawanan pertama namun mereka cuba kembali bangkit di perlawanan kedua.

Corak permainan yang begitu berdisiplin ditunjukkan oleh Team Caracal berjaya memberikan mereka kemenangan di perlawanan kedua.

Perlawanan ketiga diteruskan dan Team Caracal mendapat kelebihan di peringkat awal. Namun begitu, Red Esports berjaya mendapatkan momentum mereka kembali dan mula menunjukkan dominasi mereka.

Team Caracal yang cuba untuk mencuri Lord di saat akhir tidak berjaya dan faktor kekurangan gold berbanding pasukan Red Esports menyebabkan mereka gagal untuk mempertahankan base mereka.

Di dalam temubual kemenangan terhadap Zairul Hazim Zailani (Dragon) selaku pengganti jurulatih Sorapayung, Dragon memberikan kenyataan berkaitan pengalamannya menggantikan Sora.

“Sebenarnya, ia adalah pengalaman yang baru oleh kerana ini adalah kali pertama menjadi jurulatih dan juga pengurus. Jadi apa yang saya buat adalah saya menggunakan pengalaman saya di atas pentas.” katanya.

Foto: MOONTON Games

Read More

ONIC PH dikenakan penalti kerana melanggar peraturan MPL PH

Baru-baru ini, pasukan ONIC Esports Filipina melepaskan kesemua pemain MLBB mereka dan mereka mengambil barisan pemain baru untuk musim kesepuluh MPL PH.

Walaupun pasukan mereka dibarisi oleh pemain baru, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka mendominasi di pentas MPL PH.

Kini, MPL PH mengumumkan bahawa ONIC PH sudah melanggar peraturan pertukaran pemain 6.1 iaitu “semua pasukan tidak dibenarkan untuk menamatkan perjanjian perkhidmatan pemain secara unilateral dengan sesuka hati.”

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

Oleh itu, pasukan ONIC PH akan dikenakan penalti kerana sudah menamatkan kontrak seorang pemain mereka iaitu ChooxTV.

Namun mereka belum mendedahkan bentuk penalti yang akan dikenakan.

Sumber: MPL PH

Read More

OhMyV33nus yakin boleh menempah slot ke M4 dan tayang skin Estes Blacklist International

Johnmar Villaluna atau OhMyV33nus yakin akan berjaya menempah slot ke kejohanan dunia Mobile Legends, M4 bersama pasukannya, Blacklist International dan menunjukkan skin terbaru Estes Blacklist International.

Pada satu penstriman langsung pada 16 Ogos, mereka menunjukkan skin itu kepada peminat dan mempamerkan efek kuasanya dalam permainan.

Kini, skin itu mula dijual pada harga asal 899 Diamonds. Estes menggunakan persalinan yang bertemakan warna hitam dan putih berserta hiasan berlian. Karakter berambut putih ini sinonim dengan V33nus yang juga kapten skuad Filipina itu.

“Kami berterima kasih kepada peminat yang sudah membeli skin ini. 

“Sokongan anda memberi inspirasi kepada kami untuk lakukan yang terbaik musim ini dan membawakan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan jadi kami boleh mewakili negara ke M4 dan menggunakan skin signature ini,” kata Johnmar.

Dua pasukan dari MPL Filipina musim kesepuluh akan bertanding di M4 di Jakarta, Indonesia pada 1 Januari hingga 15 Januari 2023.

Setakat minggu kedua, Blacklist masih lagi menduduki tangga teratas carta.

Read More

AJ percaya gandingan trio bersama Eavy, D’Ace akan tukar ‘nasib’ Caracal

Muhammad Azri Jamaludin ataupun AJ adalah bekas pemain Suhaz Esports yang kini bermain untuk Team Caracal.

Keputusan AJ untuk menyertai pasukan MPL MY S10 ini pastinya mengejutkan peminat Suhaz yang dulu. AJ bagaimanapun mengatakan dia menyertai skuad ini selepas mendapat tahu dua rakannya juga ikut sama menyertai.

“Saya mengambil keputusan masuk selepas pihak Caracal memberitahu yang mereka mengambil Eavy dan juga D’ace. Saya bersetuju kerana saya rasa itu keputusan terbaik menggabungkan kami semula walaupunn masing-masing ada dapat tawaran dari pasukan MPL lain.

“Perasaan saya sangat gembira dan bersyukur sangat bila dapat berjumpa kembali dengan Eavy dan D’ace. Kami juga dikenali sebagai sisatrio dan kami selalu berlatih bertiga untuk kekalkan keserasian itu.

“Dengan ketiadaan Box dan Hyhy agak berlainan untuk kali ini kerana mereka juga memilih haluan mereka sendiri tapi kami bertiga akan tetap berusaha sebaik mungkin. Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

AJ juga berkata mereka sudah bersiap sedia untuk minggu keempat liga dan dia sedang berusaha masa untuk memahami pemain sedia ada dan cari keserasian.

“Kejutan kali ini saya akan buktikan dengan adanya gameplay trio dari kami akan jadi lebih menarik dan lebih baik untuk Caracal,” katanya.

Akhir sekali, dia berharap di MPL kali ini mereka akan buat yang terbaik dengan adanya keserasian (sisatrio).

“Insya-Allah Caracal akan lepas ke playoff dan terus ke siri M,” katanya.

MPL MY S10 akan memulakan minggu keempat bermula esok dan kini pasukan Caracal berada di kedudukan tercorot kumpulan B.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Read More

Kejohanan Semi Profesional MLBB (MSPC) akan kembali Oktober ini

Kejohanan Semi Profesional MLBB (MSCPC) akan kembali menemui peminat pada Oktober ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MSPC 🇲🇾 (@mspc.official)

Dalam satu posting di Instagram, mereka mengatakan liga ini akan kembali untuk musim kedua namun tiada info lanjut mengenai hadiah terkumpul dikongsi setakat ini.

Apa pun, nantikan maklumat baru akan dikongsi dalam masa terdekat.

Walaupun ia bukanlah liga seperti MDL yang rasmi dari Moonton, MSPC berjaya menghasilkan pasukan semi profesional yang kini bermain di MPL MY S10.

Read More

Blacklist International ungguli carta kedudukan minggu kedua MPL PH S10

Pasukan Blacklist International sekali lagi mengungguli carta kedudukan minggu kedua MPL PH musim ke-10 selepas debut Wise dan juga OhMyV33nus yang berehat sebelum ini pada musim ke-9.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

Pasukan Blacklist International mendapat tempat pertama dengan rekod tanpa kalah dan pasukan Omega Esports berada di kedudukan kedua setakat minggu kedua.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

Pemain bintang mereka iaitu OhMyV33nus juga mengumpul mata assist terbanyak di dalam liga setakat ini.

Terdahulu, mereka mengalami kesukaran di musim ke-9 akibat duo V33Wise mengumumkan bahawa mereka akan berehat semusim untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Akibatnya, pasukan Blacklist International tersingkir untuk mendapat tempat ke playoff seterusnya gagal melayakkan diri ke Piala Asia Mobile Legends (MSC) 2022.

Adakah pasukan Blacklist akan dapat mengekalkan momentum mereka dan menjadi juara MPL PH sekali lagi bagi mendapatkan slot ke M4? Kita bakal saksikan.

Foto: MPL PH

Read More

Capt Sha jadi duta Team Caracal

Terdahulu, pasukan Suhaz Esports melepaskan kesemua pemain MPL mereka dan mengambil barisan pemain baru di musim ke-10.

Kini, Box sudah bermain bersama Team SMG dan HyHy masuk ke pasukan RSG MY. Manakala, D Ace, AJ dan Eavy bermain untuk Team Caracal. 

Nampaknya Team Caracal hampir dipenuhi oleh barisan pemain lama Suhaz Esports sebelum ini dan mereka baru sahaja mengumumkan kemasukan Capt Sha sebagai duta untuk pasukan mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Karaku Caracal (@team_caracal)

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka. Selamat datang diucapkan kepada Capt Sha. 

Read More

Jurulatih Red Esports, SoraPayung meninggalkan skuad

Dalam satu kenyataan hari ini, Red Esports mengumumkan pengunduran jurulatih MLBB mereka, Muhammad Farhan Ibrahim atau SoraPayung.

Mereka juga menulis kapsyen yang ramai terkejut dan sedih dengan perpisahan ini malah keputusannya untuk meninggalkan pasukan tidak dinyatakan.

Dengan liga Profesional MLBB (MPL MY) S10 yang sedang berlangsung, pastinya keadaan tampak sukar buat Red yang perlu mencari jurulatih baharu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Mereka kini berada di kedudukan dua tercorot di Kumpulan B setakat minggu ketiga MPL MY S10.

Foto: MOONTON Games

Read More

Showing 1 - 12 of 134 Results
1 2 3 12