MLBB

Zeph masuk Team Lunatix sebagai roamer

Team Lunatix yang dahulu dikenali sebagai Team Lemah adalah salah satu pencabar baru di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesepuluh.

Mereka berjaya mendapat slot selepas menewaskan pasukan Geek Fam tempoh hari dan mereka memulakan aksi di pentas MPL dengan cemerlang di minggu pertama.

Namun begitu, selepas menewaskan pasukan RED Esports dan juga Team Caracal, momentum mereka mula menurun dan mereka mengalami kekalahan demi kekalahan.

Kini, selepas jendela perpindahan dibuka, Team Lunatix mengumumkan Zeph akan bermain bersama mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Lunatix (@team.lunatixx)

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka. Zeph adalah bekas pemain The Academy dan ini menjadi debut pertama dia di pentas MPL.

Adakah Zeph akan membawa perubahan ke atas pasukan Team Lunatix untuk mendapatkan momentum mereka kembali? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Lunatix

 

Read More

D Ace, Eavy dan AJ sertai Team Caracal bersama Jerong

Bekas pemain Suhaz Esports iaitu D Ace, Eavy dan juga Aj sah masuk ke Team Caracal. Pengumuman itu dibuat melalui sebuah pautan video di akaun rasmi Instagram mereka.

Mereka juga akan ditemani oleh bekas jurulatih MAB Esports iaitu Jerong.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Karaku Caracal (@team_caracal)

Team Caracal sebelum ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan kemenangan dan strategi mereka sering dibaca oleh pihak lawan.

Adakah dengan kemasukan bekas pemain Suhaz dan jurulatih MAB ini mampu membawa Team Caracal mendapatkan kemenangan di minggu keempat nanti? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Caracal

 

Read More

Hab E-Sukan dan hotel dengan tema Mobile Legends akan dibuka di Melaka

Pembangun hartanah di Melaka, Hatten Land bakal bekerjasama dengan Moonton bagi melancarkan hab e-sukan Mobile Legends di Melaka.

Dalam satu kenyataan media, hab ini akan bertempat di pusat beli belah Element X yang mana setiap ruang di dalamnya akan penuh dengan dekorasi bertemakan MLBB.

Karakter-karakter Mobile Legends juga akan menghiasi bahagian luar melalui paparan geergasi yang akan ditayangkan.

Bukan itu saja, hotel Hatten Place akan menjadi hotel e-sukan bertaraf lima bintang dan beberapa tingkat akan didedikasikan untuk tema MLBB. 

Sebuah arena dengan kapasiti 1,200 penonton akan menjadi lokasi untuk promosi Mobile Legends, digelar Arena X.

Langkah ini pastinya akan merancakkan lagi industri pelancongan e-sukan yang mana tahun ini sudah pun menyaksikan kejohanan besar Dota 2, ESL One Malaysia 2022 diadakan di Resorts World Genting.

Kitamen Holdings dan Persatuan E-Sukan Melaka sudah pun menandatangani perjanjian bersama Hatten Land bagi menjayakan program akan dilaksanakan mereka kelak.

Read More

Moonton memperlihatkan kuasa ‘revamp’ Hanabi

Hanabi antara hero marksman yang kurang digunakan di arena kompetitif Mobile Legends atau MPL. 

Namun, Moonton mempunyai perancangan sudah lama bagi menjadikan hero ini kerap digunakan dan disukai komuniti.

Dalam previu revamp di atas, serangan Hanabi kini selamanya akan melantun dan kemahiran itu ditukarkan kepada pasif. Untuk skill 1, Hanabi boleh mengelak skillshots dan menggunakan perisai bagi menahan kuasa crowd control

Untuk ultimate pula, Moonton mengatakan Hanabi boleh mengenakan serangan lantunan yang lebih efisien dan mengawal pergerakan hero-hero yang terkena ulti.

Bagaimanapun, pengguna Twitter ada yang mengatakan revamp ini bukanlah yang terbaik dan mereka mengharapkan Moonton mengubah kesemua set kuasa hero ini.

Adakah revamp ini akan memberi kesan sama seperti Faramis yang kini menjadi meta? Sama-sama kita nantikan.

Read More

MPL MY: Homebois, RSG dan Orange mendominasi di minggu ketiga

Minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia kini sudah berakhir.

Kita dapat lihat Homebois kembali bangkit sekali lagi dengan kehadiran Zacus seb