The Internationals 11

BOOM Esports pasukan Indonesia pertama mendapat jemputan terus ke TI11

Boom Esports kini menjadi pasukan e-sukan di Asia Tenggara yang pertama yang terus mendapat jemputan ke The Internationals 11.

Pasukan Indonesia itu layak selepas kemenangan penuh usaha 2-1 terhadap Team Liquid di Arlington Major.

Sebelum ini Fnatic juga pernah pergi ke TI11 tetapi tidak melalui jemputan terus.

Highlights BOOM Esports lawan Team Liquid semalam Game 1:

BOOM Esports juga sudah mendapat 1,130 mata untuk melayakkan mereka terus ke TI11.

Ini juga adalah pertama kali BOOM Esports pergi ke T1 dengan 4 daripadanya adalah pemain pertama kali ke TI iaitu JaCkky, Yopaj, Fbz, skem manakala Tims ada kali ke-5 berada di TI.

Read More

Dota 2: Tiket The International 11 boleh dibeli mulai 13 Ogos ini

Tiket untuk ke The International DOTA 2 kini boleh dibeli mulai 13 Ogos ini.

Penjualan tiket akan bermula pada 10 pagi waktu tempatan dengan had lima tiket seorang. Pembeli yang berada di Singapura boleh mendapatkan tiket mereka secara pos.

The International 11 akan dibahagikan kepada dua acara dengan Playoffs bermula pada 20-23 Oktober dan membawa empat pasukan terakhir untuk ke Finals dengan harga RM280+ sehari.

Ini bermakna anda perlu membeli empat tiket untuk keempat-empat hari.

Finals akan membawa empat pasukan terakhir yang akan berlawan untuk Aegis of Champions.

Grand Final akan bermula pada 29-30 Oktober di Singapore Indoor Stadium dengan tiket berharga RM1600+.

Satu tiket boleh digunakan untuk kedua-dua hari itu.

Nampaknya bukan mudah untuk mendapatkan tiket ini dan semakin lama nampaknya tiket TI semakin mahal.

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results