PUBG: New State

PC

PUBG New State mungkin akan dilancarkan di PC

PUBG: New State adalah keluaran PUBG di peranti pintar kedua selepas PUBG Mobile. Ia menawarkan grafik serta pengalaman yang dinaik taraf daripada permainan asal.

Baru-baru ini, media sosial PUBG: New State dilihat menggunakan judul New State Mobile sebagai judul rasmi permainan. 

Malah, di laman web rasmi permainan juga menunjukkan nama serta logo yang sudah berubah kepada New State Mobile.

Penggunaan nama New State Mobile memberi implikasi bahawa permainan ini akan tiba ke pelantar PC, dan mungkin akan diiklankan di rantau di mana PUBG: Battlegrounds yang baru-baru ini menjadi percuma, tidak begitu terkenal.

Selain itu, ini juga mungkin langkah untuk Krafton dan PUBG Studios membezakan antara tiga jenis permainannya yang hampir sama agar pemain tidak terkeliru.

Apa-apa pun, setakat ini, tiada pengumuman rasmi lagi tentang permainan ini akan muncul di PC.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

MOBILE

Todak bakal mencari bakat-bakat baru untuk permainan FPS Mobile

Organisasi Todak adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena e-sukan Malaysia mahupun dunia. 

Mereka mula bergiat aktif untuk mencari pemain-pemain yang mampu membawa nama Todak ke pentas dunia seperti kita lihat di Kejohanan Dunia M3.

Kini pasukan Todak mengumumkan bahawa akan ada sesuatu perubahan yang besar bakal berlaku.

https://www.instagram.com/p/CYY5myflQo8/

Mereka ingin mencari pemain-pemain untuk divisi PUBG Mobile, Free Fire Max, COD Mobile, PUBG New State dan juga Sausage Man.

CEO pasukan Todak iaitu Lan memohon Nazmi dan juga Ikuto untuk membuat pencarian bakat-bakat baru itu untuk mengembangkan lagi empayar pasukan Todak.

Pemain-pemain itu hendaklah bersemangat dan memahami visi dan misi Todak untuk menjadi pasukan nombor satu di dunia.

Nantikan pengumuman mereka tidak lama lagi. 

Read More

MOBILE

PUBG: New State akan menerima dua peta baru tahun ini

Krafton mendedahkan paparan pertama peta baharu yang akan datang ke PUBG: New State pada tahun ini.

Dalam mesej Selamat Tahun Baru, Krafton mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan medan pertempuran baharu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Walaupun maklumat berkenaan peta baharu ini tidak didedahkan lagi, ia nampaknya mempunyai rupa bumi yang kasar dengan tumbuh-tumbuhan dan gunung.

Pada masa ini, PUBG: New State mempunyai dua peta battle royale, Troi dan versi Erangel yang dinaik taraf. Kedua-duanya bersaiz 8×8 ​​kilometer. Krafton tidak mendedahkan saiz peta yang akan datang ke New State.

Pembangun juga mendedahkan bahawa ia sedang mengusahakan banyak kandungan baharu yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Yang pertama daripada ini akan keluar dalam dua bulan pertama tahun ini. Butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian.

Krafton menjanjikan pemain bahawa salah satu keutamaan utamanya tahun ini adalah untuk terus membuat kemaskini dan penambahbaikan pada permainan. Mereka berkata bahawa mereka bercadang unutk melakukan kemaskini ini melalui ‘komunikasi terbuka dan telus’ dengan pemain.

Krafton juga menawarkan semua pemain hadiah tahun baru yang boleh dituntut sehingga 10 Januari. Pemain boleh menebus kod kupon ‘HAPPYNEWSTATE’ untuk mendapatkan enam Chicken Medal dan tiga Royal Chest Tickets. Kod itu boleh ditebus di sini.

Sumber rujukan: Krafton

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results