PUBG Mobile

eSPORTS

Pandangan komuniti Malaysia mengenai PMPL MY/SG/PH – Baik Atau Tidak?

PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MY/SG/PH terbentuk. Penukaran ini akan berlaku pada tahun hadapan 2022 untuk PMPL Musim Ke-5 dan musim seterusnya. Kenapa PUBG Mobile Esports memperkenalkan Filipina ke PMPL? Keputusan dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile Esports supaya menjadi lebih inklusif dan mempunyai kepelbagaian. Ramai peminat nampaknya ada yang tidak menyukai keputusan ini. Menurut mereka pertandingan ini hanya inklusif untuk Malaysia dan Singapura, namun tiada satu pun pasukan Singapura di dalam versi PMPL ini yang berjaya mendapat kedudukan yang baik. Ini membuatkan ramai peminat menyuruh Singapura untuk dijadikan wildcard region. Peminat dari Malaysia memohon PMPL Malaysia sahaja. Beberapa peminat juga mempersoalkan keputusan ini dan menyatakan pendapat mereka di laman Facebook. Ada pendapat yang konstruktif dan ada juga yang memberitahu keputusan ini tidak menghilangkan inklusif PMPL. Terdapat juga satu klip dari Master Ramen yang meluahkan pendapat mengenai perkara ini. “Kenapa Filipina dicampur dengan Malaysia? Kenapa bukan Thailand mahupun Vietnam? “Kebaikan gabungan ini sebenarnya adalah meningkatkan viewership,” Ada peminat yang bersetuju dengan keputusan ini dan ada ramai juga yang tidak bersetuju. Keputusan ini sudah pasti dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile dengan berhati-hati. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan untuk membuat PMPL mempunyai tiga negara. Apa pendapat anda?

Read More

MOBILE

Microboy pernah menjadi pemain profesional MLBB

Microboy adalah salah seorang pemain profesional permainan peranti mudah alih PUBG Mobile. Beliau memulakan karier dengan jayanya bersama pasuka BTR Red Aliens ketika itu. Antara pencapaian terbesar beliau adalah mendapat tempat kedua di musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2020 dan juga juara PMWL dan PMCO pada tahun 2020. Microboy melanjutkan kariernya ke EVOS Reborn selepas keluar dari pasukan BTR pada 29 Januari tahun ini. https://www.instagram.com/p/CYEfYG5BKHF/ Sebelum menjadi pemain profesional PUBG Mobile, Microboy pernah bermain permainan peranti mudah alih Mobile Legends dan mengikuti pusingan kelayakan MPL ID musim kedua. Kemahiran beliau menggunakan Cyclops ketika pusingan kelayakan itu sangat hebat namun tidak berjaya lolos ke MPL ID musim kedua. Akan tetapi, kariernya sebagai pemain profesional PUBG Mobile ternyata memberikan hasil yang lebih lumayan sehingga kini. Sumber: EVOS Esports

Read More

MOBILE

PUBG Mobile: Bard, Trixnity dan Six keluar Team SMG

Team SMG adalah salah satu pasukan profesional PUBG Mobile yang bergiat aktif di dalam arena kompetitif. Mereka kini mengumumkan bahawa Six, Bard dan kapten pasukan iaitu Trixnity tidak lagi bersama Team SMG. Perkara ini diumumkan di dalam Instagram rasmi mereka. Skuad ini mula diambil pada August 2020 di mana mereka berjaya memenangi Youtube x IGN Squad Up dan kemudian PUBG Mobile XOX Unity League 2021. https://www.instagram.com/p/CYEcvkiLRO2/ Ketiga-tiga pemain ini berjaya mendapat tempat ketiga di dalam peringkat akhir PMPL MY/SG musim kedua dan tempat keempat PMPL MY/SG musim keempat. Kemanakah hala tuju Six, Bard dan juga Trixnity selepas ini? Kita bakal saksikan.

Read More

Showing 25 - 27 of 27 Results