PUBG

MOBILE

PMPL CIS dibatalkan, slot akan diberikan kepada Turki dan Eropah Barat

PUBG Mobile Esports kini membatalkan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) CIS Spring kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Liga ini adalah yang pertama diperkenalkan di rantau ini.

Beberapa pemain dari Rusia dan Ukraine juga turut bertanding dalam liga ini.

Sehubugan dengan itu, PUBG Mobile memutuskan untuk membatalkan acara ini.

Mereka tidak menyatakan isu (konflik Rusia-Ukraine) yang sedang berlaku ini dalam kenyataannya, sebaliknya merujuk sebagai “senario dunia semasa”.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi jelas bahawa kami tidak dapat mengekalkan kualiti produksi di tahap terbaik dan persaingan yang layak diterima oleh pemain dan peminat kami,” tulis kenyataan itu.

Pasukan yang memenangi PMPL CIS sepatutnya layak ke Kejohanan Eropah PMPL.

Disebabkan pembatalan itu, slot dari rantau ini akan diberikan kepada pasukan PMPL di Eropah Barat dan Turki.

Selain itu, PUBG Mobile Club Open (PMCO) peringkat CIS juga turut dibatalkan.

Pendaftaran untuk pertandingan peringkat amatur akan dibuka di seluruh dunia bermula esok, tetapi pemain dari rantau CIS tidak akan layak untuk bertanding.

Foto dan Rujukan: dotesports

Read More

MOBILE

Ryzen masih bersama Red Aliens

Pemain Profesional e-sukan PUBG Mobile dari Indonesia iaitu Ryzen kini masih bersama pasukannya Bigetron Esports.

Pengumuman ini dibuat oleh organisasi itu di dalam Instagram rasmi mereka.

https://www.instagram.com/p/CZT904SqFt8/

Terdahulu, ada ura-ura mengatakan bahawa beliau tidak mahu untuk memperbaharui kontraknya bersama BTR.

Adakah Ryzen mampu meningkatkan mutu permainan beliau di dalam tahun 2021 untuk mengembalikan zaman kegemilangan BTR? Kita bakal saksikan.

Sumber: Bigetron Esports

Read More

PC

PUBG New State mungkin akan dilancarkan di PC

PUBG: New State adalah keluaran PUBG di peranti pintar kedua selepas PUBG Mobile. Ia menawarkan grafik serta pengalaman yang dinaik taraf daripada permainan asal.

Baru-baru ini, media sosial PUBG: New State dilihat menggunakan judul New State Mobile sebagai judul rasmi permainan. 

Malah, di laman web rasmi permainan juga menunjukkan nama serta logo yang sudah berubah kepada New State Mobile.

Penggunaan nama New State Mobile memberi implikasi bahawa permainan ini akan tiba ke pelantar PC, dan mungkin akan diiklankan di rantau di mana PUBG: Battlegrounds yang baru-baru ini menjadi percuma, tidak begitu terkenal.

Selain itu, ini juga mungkin langkah untuk Krafton dan PUBG Studios membezakan antara tiga jenis permainannya yang hampir sama agar pemain tidak terkeliru.

Apa-apa pun, setakat ini, tiada pengumuman rasmi lagi tentang permainan ini akan muncul di PC.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

MOBILE

Pencipta PUBG, PlayerUnknown, ingin membangunkan permainan gergasi baharu

Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai PlayerUnknown yang mencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah salah satu nama besar dalam industri permainan video. Nama beliau disemat dalam minda semua pemain sebagai pencipta permainan battle royale pertama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan genre itu.

Greene sudah tidak membangunkan PUBG, tetapi kini beliau berminat untuk membangun permainan lain pula.

Menurut sebuah kicauan beliau di Twitter, beliau sedang mencari kepakaran untuk membangunkan permainan ‘dengan dunia sebesar planet’.

Setakat ini, beliau tidak menunjukan apa-apa petunjuk tentang permainan itu selain video acah yang dikongsikan beliau.

Malah, ia tidak diketahui sama ada permainan itu akan kekal dengan genre battle royale atau pun akan menceburi genre lain. Pendapat peminat menunjukkan permainan itu akan menjadi permainan dunia terbuka.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

MOBILE

Krafton saman Apple, Google, Garena kerana Free Fire?

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah salah satu permainan genre battle royale yang paling terkenal. Ini kerana ia adalah permainan yang paling awal dalam genre itu. Permainan itu dilancarkan pada awal tahun 2016 dan PUBG Mobile pula dilancarkan pada tahun 2018.

Kini, Krafton, syarikat induk pembangun dan penerbit PUBG, menyaman Apple, Google dan Garena, mendakwa pelanggaran hak cipta oleh permainan battle royale mudah alih Free Fire.

Menurut laporan daripada Reuters, Free Fire dikatakan meniru beberapa aspek permainan PUBG seperti “struktur permainan, item dalam permainan, peralatan dan lokasi,”

Walaupun Garena disaman kerana membangunkan Free Fire itu, Google dan Apple disaman sekali kerana mengedarkan Free Fire di gedung aplikasinya.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Krafton sudah memohon Garena, Apple, dan Google untuk berhenti daripada mengedarkan permainan itu Disember lalu. Disebabkan tiada tindakan dari pihak tiga syarikat itu, Krafton membawa kes ini ke mahkamah di California untuk menyekat permainan dan menuntut ganti rugi yang dikatakan termasuk keuntungan Garena daripada jualan item dalam permainan.

Selain itu, Krafton juga menyebut Free Fire MAX sebagai salah sebuah permainan yang juga meniru elemen permainan hasil Krafton itu. 

YouTube juga dinamakan sebagai defendan kes ini kerana pernah menganjurkan video permainan Free Fire, serta filem Cina yang dikatakan oleh Krafton sebagai dramatisasi aksi langsung permainannya.

Walaupun PUBG Mobile dengan cepat menjadi judul permainan mudah alih terkemuka sejak dikeluarkan empat tahun lalu, ia menghadapi persaingan daripada Garena Free Fire.

Tuntutan Krafton datang tidak lama selepas syarikat itu mengeluarkan permainan mudah alih baharu, PUBG: New State, yang dikeluarkan pada bulan November.

Sumber rujukan: Reuters, Dexerto

Read More

MOBILE

Babble Royale – tukarkan Sahibba jadi PUBG

Siapa sangka permainan seakan-akan Sahibba atau Scrabble boleh ditukarkan menjadi battle royale.

Babble Royale adalah permainan video kompetitif menyusun perkataan seperti Sahibba tetapi dengan elemen battle royale.

Permainan ini dibuat oleh Frank Lantz’s Everybody House Game yang pernah membuat Universal paperclips dan Hey Robot.

Sama seperti battle royale lain anda akan turun dengan payung terjun dan huruf pertama anda iaitu huruf  ‘A’.

Anda perlu membuat perkataan baru untuk bergerak di dalam peta dan mengelak dari berada di dalam zon bahaya.

Jika anda berjaya menyambungkan perkataan anda dengan perkataan musuh, anda akan membunuh musuh itu.

Kosmetik yang ada dalam permainan ini adalah rekaan berlainan untuk setiap huruf yang anda.

Memilih payung terjun dengan huruf yang anda mahu dan sudah semestinya beberapa kosmetik yang lain.

Penulis juga sudah mencuba permainan ini dan Babble Royale bukanlah semudah yang disangka.

Anda perlu betul-betul memikirkan setiap perkataan seterusnya untuk menjadi pemain yang terakhir.

Paling menarik apabila anda mati disebabkan perkataan yang anda sendiri tidak pernah dengar.

Babble Royale kini boleh dimuat turun secara percuma di Steam.

Read More

CONSOLE

NEWS8

Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.

Read More

PC

NEWS3

Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.

Read More

Showing 1 - 8 of 8 Results