PMPL

Geek Fam juara PMPL MYSGPH Fall Country Finals

Pasukan PUBG Mobile negara, Geek Fam muncul juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MYSGPH) 2022 musim luruh selepas mengumpulkan keseluruhan 80 mata bonus.

Selama tiga hari beraksi di pusingan Country Finals, mereka menewaskan tiga skuad lain iaitu SEM9, 4Rivals dan Yoodo Alliance.

Ini bermakna keempat-empat pasukan ini layak ke peringkat Asia Tenggara (SEA) pula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan bertanding!

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Foto: Geek Fam | Instagram

Read More

MOBILE

PMPL CIS dibatalkan, slot akan diberikan kepada Turki dan Eropah Barat

PUBG Mobile Esports kini membatalkan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) CIS Spring kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Liga ini adalah yang pertama diperkenalkan di rantau ini.

Beberapa pemain dari Rusia dan Ukraine juga turut bertanding dalam liga ini.

Sehubugan dengan itu, PUBG Mobile memutuskan untuk membatalkan acara ini.

Mereka tidak menyatakan isu (konflik Rusia-Ukraine) yang sedang berlaku ini dalam kenyataannya, sebaliknya merujuk sebagai “senario dunia semasa”.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi jelas bahawa kami tidak dapat mengekalkan kualiti produksi di tahap terbaik dan persaingan yang layak diterima oleh pemain dan peminat kami,” tulis kenyataan itu.

Pasukan yang memenangi PMPL CIS sepatutnya layak ke Kejohanan Eropah PMPL.

Disebabkan pembatalan itu, slot dari rantau ini akan diberikan kepada pasukan PMPL di Eropah Barat dan Turki.

Selain itu, PUBG Mobile Club Open (PMCO) peringkat CIS juga turut dibatalkan.

Pendaftaran untuk pertandingan peringkat amatur akan dibuka di seluruh dunia bermula esok, tetapi pemain dari rantau CIS tidak akan layak untuk bertanding.

Foto dan Rujukan: dotesports

Read More

eSPORTS

Ini masa depan e-sukan PUBG Mobile

PUBG Mobile adalah salah satu e-sukan yang terbesar di dunia dengan jumlah tontonan setinggi 3.8 juta penonton pada kejohanan PUBG Mobile tahun 2020 dan jumlah itu makin membesar pada tahun lepas.

Jelas sekali, PUBG Mobile bukanlah permainan e-sukan dingin tetapi ia sebuah permainan yang diraikan ramai.

PUBG Corporation kini mengumumkan perubahan signifikan terhadap ekosistem e-sukan PUBG Mobile pada tahun ini.

Perubahan termasuk wajah baharu untuk PUBG Mobile Pro League, rantau-rantau baharu dalam PUBG Mobile Club Open, serta perubahan kepada PUBG Mobile National Championship (PMNC).

PUBG Mobile Pro League

Perubahan pertama berkenaan dengan PUBG Mobile Pro League (PMPL). Liga PUBG Mobile terbesar ini akan menggunakan format baharu dan menukar format penyingkiran bermusim sedia ada kepada kitaran satu tahun.

PMPL juga akan melihat perubahan di wilayah tertentu, terutamanya EMEA dan MENA & SA.

Wilayah ini kini akan dikelaskan sebagai Eropah, Asia Selatan dan Timur Tengah & Afrika.

Akhir sekali, PUBG Mobile akan memperkenalkan dua wilayah baharu kepada PMPL: PMPL Afrika dan PMPL Pakistan.

PUBG Mobile Club Open

PUBG Mobile Club Open (PMCO) juga akan distruktur semula. Kejohanan itu akan beralih ke peringkat amatur dan separa pro serantau dengan kejohanan baharu berlangsung di Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Pasukan PMCO tidak lagi layak terus ke PMPL, sebaliknya akan bersaing melalui piala PMNC dan PMNC Regional dengan peluang untuk mencapai PMPL pada 2023.

Perubahan-perubahan ini dilakukan agar pasukan amatur dan separa pro mampu bersaing sekali dalam kejohanan rasmi PUBG Mobile.

Menurut Pengarah PUBG Mobile, James Yang, perubahan dibuat untuk memperkasakan wilayah dan membenarkan lebih ramai pesaing untuk menyertai PMPL.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

MOBILE

HomeBois mengacah pemain baru mereka bakal diterajui Ironpro

HomeBois adalah salah satu pasukan yang akan bermain di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima.

Mereka mengumumkan Ironpro menjadi pemain mereka di samping empat lagi pemain yang belum diumumkan kemunculan mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka sendiri.

https://www.instagram.com/p/CYk-ezJrNTH/

Sebelum ini, HomeBois mendapat tempat ke-16 di peringkat akhir PMPL MY/SG musim ke-4. Keputusan itu menyebabkan mereka gagal layak ke Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile (SEA Championship).

Adakah barisan pemain baru ini bakal mengubah nasib HomeBois di musim kelima nanti? Kita bakal saksikan.

Foto: HomeBois

Read More

MOBILE

Pandangan J Hunter, OnTheGo dan Pengurus Team Secret, Arif terhadap PMPL MYSGPH

Baru-baru ini PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MYSGPH terbentuk.

Penulis berpeluang menemubual beberapa orang yang sudah banyak membantu dalam membangunkan e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.

Beberapa pandangan dari tiga individu yang sangat menonjol dalam e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.

Partibhan “OnTheGo” Petchayappen (Pengulas)

“Saya rasa keputusan oleh Tencent sudah lama dibincangkan dan dibuat kajian.

“Malaysia juga antara negara yang terbaik dalam Asia Tenggara dan pernah melayakkan diri ke kejohanan dunia. Penambahan FIlipina ke PMPL MYSGPH sudah diperincikan dengan baik.

“Saya menerima dan menyokong keputusan mereka (Tencent),” katanya.

OnTheGo juga mengatakan, sebagai bekas pengurus pasukan, dia sudah lama menunggu liga Malaysia dijadikan francais.

Katanya, banyak faedah untuk ekosistem e-sukan secara menyeluruh. Namun, katanya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk liga francais?

“Sebagai contoh, pasaran Indonesia adalah sangat besar dan ramai pelabur. Malaysia pula tidak mempunyai pasukan yang banyak seperti Indonesia.

“Mobile Legends Bang Bang juga berjaya membuat liga francais di Singapura dan hal ini sepatutnya dilihat baik untuk PMPL. Penambahan ini adalah satu permulaan baru untuk francais liga kita,” katanya.

Tambahnya, Filipina yang menyertai PMPL sebenarnya mempamerkan prestasi yang hebat. 

“Malah saya rasa ramai pemain tidak mengadu mengenai hal ini. Gaji mereka juga akan dinaikkan akibat slot yang menjadi lebih sukar dan kompetitif.

“Jadi perkara ini sebenarnya lebih baik untuk organisasi. Saya akan sokong sepenuhnya hal ini!,” katanya.

Dia mengakhiri perbualan dengan mengatakan komuniti tempatan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan dia bersyukur Tencent memikirkan lebih kepada masa hadapan PUBG Mobile.

Arif (Pengurus Team Secret)

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

“Secara jujur saya merasakan kemasukan pasukan Filipina ke dalam PMPL kali ini akan membuat pertandingan lebih kompetitif dari yang lepas.

“Banyak pasukan yang kuat dari Filipina terutamanya Blacklist International.

“Saya juga mengharapkan pasukan Malaysia dapat meningkatkat lagi prestasi terutamanya disebabkan penambahan ini untuk musim hadapan,” katanya.

JHunter

“Bagi saya keputusan PMPL kali ini adalah cuma slot tambahan sahaja dan saya menerima keputusan ini. Filipina pula selalu membuat meta baru dan hal ini sepatutnya boleh dicuba pemain-pemain kita. 

“Kenapa tidak untuk membantu lagi pemain-pamain dari Malaysia.

“Bagi saya sebenarnya lebih bayak positif yang kita akan dapat daripada keputusan ini,” katanya.

J bagaimanapun menyatakan kerisauannya berkenaan suasana permainan yang mungkin lebih toksik.

“Namun, semua ini sebenarnya tidaklah toksik macam yang disangka. Pemain-pemain lain pun saya rasa ramai tidak takut atau tidak puas hati dengan keputusan ini.

“Ada orang yang berfikiran keputusan ini akan kurangkan peluang tetapi sebenarnya ini menjadikan PMPL MYSGPH lebih kompetitif.

“Slot untuk PMPL juga bertambah dan hanya dua slot tambahan jadi saya rasa hal ini tidak membawa masalah,” katanya.

Kata J, jika dibandingkan dengan e-sukan lain, Tencent dan PUBGM agak baik hati berbanding format e-sukan lain yang mana sesetengahnya sangat sukar memasuki pusingan kelayakan.

Bagi kejohanan besar seperti PMPL Asia Tenggara, berkemungkinan besar pasti akan ada pasukan Malaysia.

———

Ramai sebenarnya berpendapat bahawa penambahan Filipina menjadi PMPL mempunyai lebih banyak impak positif dari negatif.

Semoga keputusan yang dibuat ini dapat membantu dan memperbaik lagi situasi e-sukan PUBG Mobile di Malaysia terutamanya untuk PMPL.

Read More

eSPORTS

Pandangan komuniti Malaysia mengenai PMPL MY/SG/PH – Baik Atau Tidak?

PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MY/SG/PH terbentuk. Penukaran ini akan berlaku pada tahun hadapan 2022 untuk PMPL Musim Ke-5 dan musim seterusnya. Kenapa PUBG Mobile Esports memperkenalkan Filipina ke PMPL? Keputusan dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile Esports supaya menjadi lebih inklusif dan mempunyai kepelbagaian. Ramai peminat nampaknya ada yang tidak menyukai keputusan ini. Menurut mereka pertandingan ini hanya inklusif untuk Malaysia dan Singapura, namun tiada satu pun pasukan Singapura di dalam versi PMPL ini yang berjaya mendapat kedudukan yang baik. Ini membuatkan ramai peminat menyuruh Singapura untuk dijadikan wildcard region. Peminat dari Malaysia memohon PMPL Malaysia sahaja. Beberapa peminat juga mempersoalkan keputusan ini dan menyatakan pendapat mereka di laman Facebook. Ada pendapat yang konstruktif dan ada juga yang memberitahu keputusan ini tidak menghilangkan inklusif PMPL. Terdapat juga satu klip dari Master Ramen yang meluahkan pendapat mengenai perkara ini. “Kenapa Filipina dicampur dengan Malaysia? Kenapa bukan Thailand mahupun Vietnam? “Kebaikan gabungan ini sebenarnya adalah meningkatkan viewership,” Ada peminat yang bersetuju dengan keputusan ini dan ada ramai juga yang tidak bersetuju. Keputusan ini sudah pasti dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile dengan berhati-hati. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan untuk membuat PMPL mempunyai tiga negara. Apa pendapat anda?

Read More

Showing 1 - 6 of 6 Results