PMGC 2021

MOBILE

Nova Esports muncul juara PMGC 2021

Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat Grand Final kini sudah hampir melabuhkan tirai.

Pasukan Team Secret dan 4Rivals membawa nama Malaysia ke pentas dunia. 

16 pasukan dari seluruh dunia bertanding untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS3.49 juta (RM14.6 juta).

Pasukan Nova Esports dari China berjaya muncul juara untuk tahun 2021. Mereka mempertahankan gelaran mereka di edisi lepas.

Satu kejayaan yang sangat membanggakan pasukan itu kerana beroleh gelaran back to back champion.

Pasukan Nova Esports memperolehi hanya 1 chicken dinner di dalam 18 pusingan yang dipertandingkan.

Namun begitu, mereka sangat konsisten di dalam memperolehi top 5 dan menyumbangkan banyak mata berdasarkan placing point dan kill point.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Nova Esports. Syabas juga diucapkan kepada Team Secret dan 4Rivals kerana membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Meskipun tidak bergelar juara, namun mereka sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam semua perlawanan.

Read More

eSPORTS

Team Secret dan 4RIVALS Alliance sudah bersedia di PMGC 2021

Selepas dua bulan bertempur, pasukan Malaysia, Team Secret dan 4RIVALS Alliance kini bakal bertempur di persada dunia mewakili Malaysia ke Grand Finals PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021.

Mereka menjadi antara 16 pasukan terbaik serata dunia untuk berlawan.

Kemasukan ini adalah satu kejayaan buat Malaysia yang perlu disambut baik kerana berjaya menghantar dua pasukan ke peringkat antarabangsa.

Team Secret

Team Secret yang hanya bermain bersama selama setahun sahaja sudah berjaya membuktikan kerjasama mereka di kemuncak hasil latihan dan scrim dengan pasukan kuat yang lain.

Kini mereka juga berkeyakinan untuk memenangi PMGC dengan barisan pemain IShotz, MADTOI, Fredo, Jumper, KiD dan Y2k.

“Kami sangat teruja untuk berlawan dengan pasukan-pasukan kuat dari serata dunia. Sudah pasti hal ini tidak mudah, namun kami mempunyai kelebihan yang pasukan lain tidak ada. Dua In-Game-Leader yang mempunyai pengalaman lama dari pelbagai pertandingan antarabangsa bakal menjadi senjata rahsia kami.

“Kedua-dua mereka mempunyai cara bermain yang unik dan kami percaya kami berpeluang untuk memenangi PMGC,” ujar Muhammad Arif bin Badrul Hisham, selaku Pengurus Pasukan Secret.

4 RIVALS Alliance

Tidak dilupakan 4RIVALS Alliance, yang terpaksa menghadapai banyak batu penghalang sebelum berjaya.

Pasukan itu sudah mengharungi beberapa perubahan dalam dua tahun ini temasuk perubahan nama, penukaran pengurusan dan pemain.

Mereka  terdiri daripada Rith, Eypul, Appy, PEMBURU dan Stoned.

“Hal ini merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku kepada pasukan kami (perubahan-perubahan ini),” ujar Appy, selaku Support/In-Game-Leader.

Appy juga adalah satu-satunya pemain yang ada dalam barisan pasukan yang asal.

“Pada mulanya, banyak halangan yang kami perlu tempuhi dan saya bersyukur kami berjaya dan layak sebagai finalis ke PMGC,”

Eypul yang juga pemain Multirole memberitahu kejayaan mereka adalah semua peminat yang sentiasa bersama ketika dalam susah dan senang.

Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan untuk Team Secret dan 4RIVALS Alliance mewakili Malaysia ke finals PMGC 2021.

Grand Finals PMGC akan diadakan pada hari ini hingga Ahad ini dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM24 juta untnuk dimenangi.

Read More

eSPORTS

Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals yang akan bertanding di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat akhir nanti.

Ucapan itu dibuat di dalam sebuah hantaran Facebook beliau semalam. Beliau sempat minum petang bersama pasukan tanah air serta mendengar perancangan mereka.

Selamat maju jaya juga diucapkan kepada pasukan 4Rivals dan Team Secret yang akan mewakili Malaysia untuk merebut gelaran juara dunia PUBG Mobile.

Nantikan perlawanan mereka pada hari jumaat sehingga ahad ini. Jangan lupa untuk berikan sokongan yang padu kepada mereka.

Foto: Najib Razak

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results