OG

ESL One Malaysia 2022: OG lebih mendominasi, Thunder Awaken gugur

Peringkat lower bracket ESL One Malaysia 2022 diteruskan lagi pada hari ini dengan perlawanan pasukan OG menentang Thunder Awaken.

OG berjaya merampas permainan pertama namun Thunder Awaken tidak mahu untuk menyerah kalah dan mereka memecahkan impian OG untuk mendapatkan kemenangan bersih.

Thunder Awaken melakukan draft berlainan di perlawanan ketiga. Mereka membawa masuk Terrorblade untuk bertahan di fasa late game.

Namun begitu, OG mempunyai Ember Spirit yang boleh menghancurkan clone yang dikeluarkan oleh Terrorblade.

Perlawanan yang begitu sengit di antara 2 pasukan hampir memberikan pasukan Thunder Awaken kemenangan.

Akan tetapi, corak permainan yang ditunjukkan oleh OG untuk mengawal Terrorblade memberikan mereka kemenangan di perlawanan ketiga.

Pasukan OG akan bertemu Fnatic selepas ini di pusingan separuh akhir lower bracket.

Read More

Pasukan OG beri kebebasan untuk Topson pilih pasukan lain ke The International

OG baru-baru ini memberi Topson lampu hijau untuk meneruskan karier sebagai pemain profesional untuk ke The International 2022.

Topson juga pernah membuat pengumuman untuk kembali sebagai pemain profesional Dota 2.

Juara TI dua kali berturut-turut ini hanya memberitahu dia cuma berehat bukan berhenti.

Baru-baru ini OG juga ada mengeluarkan dokumentari perjalanan Topson dan mereka datang ke Malaysia untuk bersama-sama Topson dan keluarganya.

Sudah sembilan bulan Topson berehat dan walaupun kehilangan lebih 2,000 MMR berada di server Asia Tenggara, dia masih bermain dan selalu strim.

Setakat ini masih belum ada lagi pasukan mana yang akan disertai Topson untuk International.

Topson juga mendapat motivasi baharu dan sokongan daripada keluarganya untuk kembali ke dunia kompetitif.

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results