MPL MY S10

MPL MY: Team Haq dan Orange Esports mendominasi kumpulan A dan B

Minggu kedua MPL MY musim ke-10 kini sudah berakhir. Banyak perkara yang berlaku di minggu kedua di mana kita dapat menyaksikan pasukan Todak masih mengekalkan prestasi mereka.

Sementara itu, pasukan Suhaz Esports masih tidak menemui momentum yang diperlukan untuk kembali bangkit ke dalam permainan.

Team Haq memegang tempat pertama di dalam kumpulan A sementara pasukan Orange Esports mendahului carta kedudukan kumpulan B.

Pasukan Caracal juga mengalami kesukaran di kumpulan B dan pasukan Homebois kembali bangkit dengan kemasukan Saiful yang sebelum ini menjadi jurulatih mereka. 

Adakah kita akan melihat Team Caracal dan Suhaz Esports akan mengubah nasib mereka pada minggu ini atau mereka masih sukar untuk bersaing bersama pasukan yang lain? Kita bakal saksikan.

Foto: MPL MY

Read More

“Kami lebih berdisiplin di perlawanan ketiga,” – Saiful

Pasukan Homebois mengalami dua kekalahan sebelum ini dan mereka harus menebus kembali di dalam perlawanan menentang Team Lunatix. 

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan bermain di perlawanan ketiga untuk menentukan pasukan manakah yang menjadi juara.

Pasukan Homebois mendapat kelebihan di minit awal permainan apabila rotasi mereka berkesan untuk menghentikan kemaraan Team Lunatix menghancurkan turret di bahagian atas.

Team Lunatix terus kehilangan momentum mereka apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan di dalam pertarungan.

Jurang perbezaan gold yang sangat ketara menyebabkan Team Lunatix gagal untuk menjatuhkan pasukan Homebois.

Mereka cuba untuk bermain split push namun ia tidak membuahkan hasil yang sangat baik.

Luminous Lord yang diambil oleh pasukan Homebois pada minit ke-12 menjadi kunci kemenangan mereka di dalam perlawanan terakhir ini.

Mereka terus merusuh ke arah base pasukan Team Lunatix dan akhirnya menamatkan permainan.

Nampaknya kemasukan Saiful ke dalam pasukan menggantikan Xpedea memberikan mereka kemenangan.

 

Read More

MPL MY: Todak langgar Team SMG

Perlawanan pasukan Todak menentang Team SMG hari ini sangat dinantikan oleh para peminat kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan Kejohanan Dunia M3 ini antara pasukan terkuat tanah air. 

Di perlawanan pertama, Todak mengalami kesukaran di minit awal permainan. Team SMG mengawal peta dan mengambil objektif dengan rotasi mereka yang sangat bagus.

Pertarungan demi pertarungan dimenangi oleh Team SMG dan mereka terus mengasak pasukan Todak untuk mengangkat bendera putih.

Namun begitu, kesilapan Team SMG di minit ke-21 menyebabkan Sasa terkorban dan pasukan Todak terus mengambil peluang itu untuk menumbangkan ZaimSempoi dan Smooth untuk menamatkan permainan.

Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Todak membawa masuk Estes sebagai kunci di dalam pelan strategik mereka.

Pasukan Todak dilihat berlainan di perlawanan pertama di mana mereka mampu untuk menahan asakan dari Team SMG.

Luminous Lord berjaya diambil oleh pasukan Todak pada minit ke-13 dan mereka terus merusuh ke arah base Team SMG.

Pasukan Team SMG yang cuba mempertahankan crystal mereka tidak berjaya oleh kerana Estes yang dipakai oleh Ciku menggunakan Blessing of The Moon Goddess.

 

Read More

“Ultras Team Haq langsung tidak menjejaskan permainan kami,” – Moon

Team Haq menggegarkan pentas MPL MY musim ke-10 dengan kehadiran Ultras mereka seperti yang kita lihat ketika perlawanan bola berlangsung.

Perkara ini membuktikan Team Haq ingin membawa kelainan untuk menyemarakkan lagi suasana di Quill City Mall.

Kami sempat menemubual pemain Todak, Zikry Shamsuddin (Moon) dan bertanyakan pandangannya terhadap Ultras yang ditunjukkan oleh peminat Team Haq.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Menurut Moon, perkara itu adalah sesuatu yang baru di dalam pentas MPL kerana sebelum ini tidak pernah ada.

“Bagi saya ianya adalah sesuatu yang baru kerana MPL sebelum ini tidak ada Ultras dan sebagainya. Jika peminat tanya, ianya langsung tidak mengganggu kami bermain kerana sorakan mereka tidak begitu jelas.

“Untuk perlawanan pertama dan kedua, 70% peluang kami tewas kerana drafting yang tidak baik. Namun untuk perlawanan ketiga, drafting kami sangat kemas jadi kami lebih berani untuk mendapatkan objektif,” ujar Moon.

Mereka berjaya mendapatkan kemenangan ke atas Team Haq baru baru ini dengan skor 2 berbalas 1 walaupun Ciku menggantikan Yums untuk bermain sebagai roamer.

Foto: MOONTON Games