MPL ID

MOBILE

Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia. Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.
Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin. Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu. Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.

Read More

Ini jawapan Dlarskie tentang statusnya bermain di skuad utama EVOS Legends

EVOS Legends baru sahaja mengumumkan kemasukan pemain dari Filipina iaitu Dlarskie yang akan bermain di posisi Exp Laner.

Namun begitu, dia masih belum diturunkan untuk bermain di pentas MPL ID setakat ini.

Dlarskie membuat satu kenyataan di laman Twitter rasminya berkaitan statusnya bermain untuk pasukan Sang Macan Putih itu. Menurutnya, dia akan turun bermain dan jangan berhenti berikan sokongan kepada EVOS.

“Kepada semua orang yang mengirimkan PM (Private Message) kepada saya dan terus memberikan sokongan, tunggu saya. Saya akan segera bermain dan terima kasih kepada anda semua. Sokong EVOS,” tulis Dlar di dalam ciapan itu.

Pada minggu ini, EVOS Legends bakal bermain satu perlawanan menentang Geek Fam ID di mana mereka memberikan saingan semenjak kemasukan Baloyskie di dalam pasukan.

Adakah Dlarskie bakal diturunkan ke skuad utama pada minggu ini? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, ONIC ID mencatatkan permulaan yang baik dengan kemasukan pemain Filipina, Kairi. Mereka menang 2-0 ke atas Rebellion Zion

Sumber: ONE Esports

Read More

“EVOS Legends bermain sangat ‘jelek’ dan cuma nasib baik semata-mata,” – Rekt

Bekas pemain dan juga kapten EVOS Legends iaitu Rekt mengkritik cara permainan yang ditunjukkan oleh barisan pemain baru EVOS Legends.

Menurutnya, kemenangan EVOS Legends ke atas pasukan Bigetron Alpha tempoh hari hanyalah nasib semata-mata.

@dedyperatama16

EPIC COMEBACK PALING GILA! FERXIC MANIAC! REACTION STREAMER EVOS VS BTR MPL SEASON 10 MATCH 1

♬ suara asli – Dedy Peratama

“Hoki (bernasib baik), tidak bagus corak permainan EVOS. Saya tidak bermaksud untuk menghina mereka akan tetapi cara mereka bermain masih tidak bagus,” ujar Rekt selepas EVOS Legends comeback di perlawanan pertama.

Dia juga menyifatkan pemain EVOS Legends tidak berkomunikasi dengan baik oleh kerana kelima-lima pemain yang masing-masing ingin bercakap.

@agung_jik tanggapan capt @rektgustian_ #evosrekt #evoslegends #evos #mobilelegends #mpl #mlbb #mobilelegends_id ♬ Aesthetic – Tollan Kim

“Cara mereka berkomunikasi sangat tidak bagus, kucar kacir. Mereka semua ingin bercakap. Kalau saya bermain bersama pasti saya akan menyuruh mereka mendengar cakap saya,” akhirinya.

Baru-baru ini Rekt bersama Wannn dan juga Luminaire meninggalkan EVOS Legends selepas kontrak mereka tamat.

Oleh kerana itu, pemain EVOS Legends kini dipenuhi dengan pemain-pemain baru dan juga Dlarskie dari Filipina. Mereka baru sahaja tewas 0-2 menentang pasukan Aura Fire semalam.

Sumber dan foto: ONE Esports

Read More

Kedudukan pasukan di minggu pertama MPL ID S10

MPL ID musim ke-10 minggu pertama kini sudah tamat, pasukan RRQ Hoshi mendahului carta di tempat pertama dengan dua kemenangan di dalam dua perlawanan.

Mereka berjaya menundukkan pasukan Alter Ego dan juga pasukan Geek Fam sebelum ini. Pasukan EVOS Legends pula menduduki tempat kelima dengan 1 kemenangan dan 1 kekalahan.