MLBB

“Saya akan buat yang terbaik untuk MPL kali ini,” – Rival

Alif Akmal (Rival) adalah pemain baru untuk pasukan Todak. Dia menggantikan Ciku bermain di posisi jungler ketika menentang pasukan Suhaz Esports.

Di dalam kedua-dua perlawanan, Rival dilihat sangat lincah menggunakan Ling dan itu menyebabkan pasukan Suhaz Esports sukar untuk menghentikan pasukan Todak.

@mygameondotmy Macam mana perasaan @Rival bila masuk @todak.gaming Jom tengok video ni. #fyp #mlbb #mpl #mplmy #mplmys10 #todak #todaklanggar #mobilelegends #kakigaming ♬ original sound – My Game On

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Rival dan ketika ditanya tentang perasaannya dapat masuk pasukan Todak, dia berkata perasaan gembira dan gemuruh itu ada di dalam diri.

“Perasaan gembira dan agak gemuruh sikit kerana ini pertama kali saya bermain MPL dengan pasukan Todak namun Insya-Allah saya akan buat yang terbaik di MPL ini.

“Saya ingin bermain di Kejohanan Dunia M4 juga nanti,” kata Rival.

Ditanya tentang kelebihan yang ada pada dirinya kerana terpilih untuk bersama pasukan Todak. Rival menyatakan dirinya sama seperti pemain lain akan tetapi dia mempunyai semangat untuk membuat yang terbaik demi pasukan.

“Kelebihan saya sama sahaja macam pemain lain, akan tetapi saya akan buat yang terbaik untuk pasukan. Saya boleh bermain pelbagai hero antaranya assassin, mage dan juga marksman.” ucap Rival.

Anda boleh melihat temubual sepenuhnya di laman Tik Tok rasmi kami. Adakah Rival bakal mengekalkan momentum permainannya dan menjadikan Todak juara kali ketiga MPL MY? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON Games

Read More

MPL MY: RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka

Perlawanan kedua pada hari pertama peringkat liga MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan menentukan kemenangan di perlawanan ketiga.

Mrul yang menggunakan Franco diasak teruk oleh Xpdea pada minit awal permainan. Dia terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari ditumbangkan Natalia.

Walau bagaimanapun, Homebois lebih fokus kepada objektif dan mereka berjaya mendapatkan turtle yang pertama.

RED Esports mula mengawal permainan apabila mereka berjaya memenangi pertempuran yang dipaksa oleh pasukan Homebois.

Lord pertama berjaya diambil oleh mereka dan inhibitor turret pasukan Homebois hampir dimusnahkan.

Akhirnya pasukan RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan di minit ke-14 apabila Lord kedua didapatkan oleh Zaed.

Read More

Skin Estes M3 sudah tiba?

Pada Disember lalu, Blacklist International sepakat memilih Estes sebagai hero yang akan menerima skin kerana memenangi kejohanan dunia Mobile Legends, M3. Skin itu seterusnya akan bertemakan organisasi dari Filipina itu.

OhMyV33nus memberikan pandangannya terhadap skin Estes terbaru itu dan menyifatkan ianya menepati cita rasanya. Namun begitu, dia mahukan skin itu ditukar supaya warna keemasan di dalam efek skill tidak begitu ketara dan mereka sudah membincangkan perkara ini dengan pihak Moonton.

Kini, tular sekali lagi skin Estes yang sudah dikemaskini yang bertemakan pasukan Blacklist International. Anda boleh melihat pautan video yang dikongsikan oleh pengguna Youtube bernama Whiz Super di bawah untuk melihat efek skill skin itu sendiri.

Skin Estes itu mempunyai gaya tangan yang sering dilakukan oleh OhMyV33nus dan mempunyai lagu apabila dia menggunakan Blessing of Moon Goddess. Apakah pendapat anda tentang skin ini? Adakah ianya sesuai dengan citarasa anda? 

Sumber: ONE Esports

Foto: Whiz Super

Read More

[RASMI] Dlar sah masuk EVOS Legends

Gerald Trinchera atau lebih dikenali sebagai Dlarskie adalah salah seorang pemain pasukan ONIC PH. 

Dia memulakan kariernya sebagai pemain profesional seawal tahun 2019 bersama pasukan itu di musim keempat MPL PH.

Sejurus sahaja pengumuman dirinya keluar dari pasukan ONIC PH sebelum ini, pelbagai sumber mengatakan dia akan memperkuatkan pasukan EVOS Legends untuk MPL ID musim ke-10.

Kini, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MPL ID memuat naik satu hantaran mengumumkan Dlarskie masuk ke dalam barisan pemain EVOS Legends.