MLBB

MOBILE

Comelnya! Seorang pengguna TikTok ini melakonkan balik suara Nana

Seorang pengguna TikTok, Leyla Aderina mencuit hati orang ramai apabila melakonkan kembali suara karakter Mobile Legends, Nana dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Jepun.

Video itu yang dimuat naik pada 14 November lalu mengumpulkan lebih 1.1 juta tanda suka dan 11,500 komen.

@leyladerina Reply to @arsitektok Siapa yang pake Nana nih!? Vote Team Indonesia sekarang yuk! #dubbing #indopride #voteforglory #mlbbm3 ♬ MLBB M3 Theme Music – chenzzq

Ramai yang nyata memuji lakonan suara beliau yang dianggap comel dan mencuit hati. 

Sebelum ini, Leyla sudah membuat lakonan suara untuk banyak kategori seperti pelbagai iklan kecantikan, bola sepak, pramugari dan lain-lain.

Malah, video Mobile Legends ini bertujuan untuk mempromosikan kejohanan dunia MLBB, M3 yang berlangsung pada Disember lepas.

Leyla yang berasal dari Indonesia sudah tentunya memberi sokongan padu kepada pasukan negara yang bertanding.

Read More

MOBILE

Seorang pemain profesional MLBB terkena santau angin dan masih belum sembuh

Pemain profesional yang hebat pasti akan menjadi buah mulut di bibir setiap peminat. Namun begitu, di saat individu itu mengecapi kejayaan dan populariti, pasti akan ada individu lain yang menaruh sifat dengki dan iri hati.

Itulah yang terjadi kepada salah seorang pemain profesional MLBB. Kami dari pihak MyGameOn tidak ingin mendedahkan nama beliau di atas dasar menghormati privasinya.

Sebelum ini, beliau adalah seorang pemain yang berjaya mengharumkan nama negara di Kejohanan Dunia namun mula bergerak secara tidak aktif selepas mengetahui dirinya tidak berada di dalam keadaan baik.

Ini kerana selepas dihubungi pihak MyGameOn, beliau menyatakan keadaan dirinya tidak seperti dahulu sejak dua tahun lepas dan sekarang sedang beransur pulih akibat dari buatan orang iaitu “santau angin”.

Menurut beliau, kerjayanya sebagai pemain profesional terhenti seketika oleh kerana perbuatan hasad dengki yang tidak seharusnya ada di kalangan komuniti MLBB.

Kami sempat menanyakan pandangan dari seorang ustaz yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Hanafi tentang bagaimana karakteristik santau angin ini.

DEFINISI

Ketika ditanya tentang definisi santau angin, beliau memaklumkan kepada kami “Santau angin adalah sejenis sihir yang menggunakan ramuan tertentu dan dihantar melalui angin oleh jin yang dibuat oleh bomoh atau mereka yang mempunyai ilmu mengenainya. Santau itu akan masuk ke dalam makanan, rumah atau tubuh manusia tertentu,” kata ustaz Hanafi.

KESAN-KESAN

“Kesan kepada mereka yang terkena sihir atau santau angin itu adalah gatal-gatal, miang jika terkena miang buluh. Yang keduanya adalah kalau terkena serbuk kaca akan mengakibatkan muntah darah kerana santau angin itu sudah masuk ke dalam makanan. Yang ketiga ketika individu itu terkena santau angin yang masuk ke dalam rumah, mereka akan berasa panas dan sakit,” tambah beliau.

CARA MEMBUAT

Ditanya tentang cara membuat sihir itu, beliau menjawab. “Kebanyakkan santau angin dibuat mengikut kepakaran, ada yang menggunakan serbuk kaca. Ada juga yang menggunakan bisa binatang yang berbisa seperti lipan, ular dan ada juga yang menggunakan miang buluh. Mereka akan larutkan dengan najis, tepung dan juga bentuk makanan dan minuman seperti kopi. Kopi itu akan dibawa oleh jin melalui angin selepas ditiup kepada orang itu atau gambar dan rumah yang ingin ditujukan.” 

PENGALAMAN MERAWAT

“Berdasarkan pengalaman saya merawat santau angin sebelum ini, tujuan mereka melakukan sihir atau bertemu dengan bomoh yang melakukan sihir adalah kerana dendam dan sakit hati.

“Ada juga yang memberikan pendapat bahawa orang yang terkena sihir ini sudah melakukan kejahatan dan kezaliman seperti meminjam wang dan tidak memulangkannya. Ada juga mereka yang berbohong di dalam perniagaan.

“Selain itu, ada individu yang terkena sihir ini boleh juga berlaku tanpa sebab iaitu mereka lalu di sebuah kedai untuk makan dan ada orang yang ingin menghantar sihir kepada tuan kedai dan terkena kepada pelanggan,” kata beliau.

CARA RAWATAN

“Cara rawatan mereka yang terkena sihir ini bergantung kepada pengamal perubatan masing-masing. Jika dalam perubatan Islam, ia dirawat menggunakan limau, daun nangka dan juga daun bidara. Limau nipis dan limau purut digunakan sebanyak 7 biji dan digunakan bersama mangsa ketika mandi pada petang dan malam.”

“Pada hari pertama mereka mandi 7 biji limau purut dan hari kedua dimandikan dengan 7 biji limau nipis yang sudah diruqyah menggunakan ayat Al-Quran. Ada juga yang menggunakan daun bidara, daun itu akan direbus dan memberikan mangsa mandi. Akhir sekali, ada yang hanya menggunakan ruqyah sahaja tanpa mandi. Waallahualam. Air yang diruqyah dengan kaedah mandi adalah lebih berkesan,” ujarnya.

Ustaz Hanafi adalah seorang pengamal perubatan Islam dan beliau sudah mempunyai pengalaman selama 15 tahun untuk merawat mangsa-mangsa terkena sihir ini. Beliau bergerak secara solo dan tidak terikat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO).

Mari kita sama-sama doakan agar pemain profesional itu sembuh sepenuhnya dari santau angin ini dan semoga beliau akan kembali sihat untuk menghiburkan kita dengan corak permainan beliau yang hebat dan bertenaga.

Read More

MOBILE

MLBB: Jason adalah jurulatih baru pasukan RSG MY

Pasukan RSG MY adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa pulang piala Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim ketujuh.

Namun begitu, nasib mereka tidak begitu baik untuk menjulang piala kali kedua dan mempertahankan kedudukan mereka di musim kelapan.

Prestasi mereka agak merudum di peringkat kumpulan seterusnya tewas di peringkat playoff. Tidak lama kemudian Leixia dan rakan-rakan beliau mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka bersama RSG.

https://www.instagram.com/p/CYTdU49hsZy/

Ini menyebabkan RSG MY hanya tinggal Zacus, Tiktok dan Izanami. Akan tetapi, pihak RSG MY bakal bangkit di musim kesembilan ini.

Mereka membawa masuk jurulatih baru iaitu Jason yang berasal dari RSG SG. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Adakah dengan kemasukan Jason ke dalam pasukan akan memberikan perubahan yang diperlukan di dalam pasukan RSG MY? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

Team Caracal dah bersedia di MEC 2021/2022, ada gaming house sendiri di Melaka

Team Caracal adalah salah satu pasukan pilihan yang kini menuju ke peringkat akhir kategori Mobile Legends di Malaysia Esports Championship (MEC) 2021-2022 yang akan berlangsung pada 7 Januari ini.

Mereka kini berada di kedudukan lapan teratas iaitu suku akhir dan bakal berdepan skuad Cyduken. Difahamkan, skuad lawan mempunyai pemain hebat seperti Abey Gaming. 

Ketika ditanya persiapan mereka menuju MEC, wakil Caracal berkata, mereka sudah berlatih sebanyak mungkin.

“Untuk gameplay dan keserasian pemain-pemain, kami sudah berlatih selama lapan hingga 12 jam sehari.

“Ini bagi memudahkan kami untuk mengadaptasi dengan patch terbaru MLBB,” katanya.