MLBB Esports

OhMyV33nus yakin boleh menempah slot ke M4 dan tayang skin Estes Blacklist International

Johnmar Villaluna atau OhMyV33nus yakin akan berjaya menempah slot ke kejohanan dunia Mobile Legends, M4 bersama pasukannya, Blacklist International dan menunjukkan skin terbaru Estes Blacklist International.

Pada satu penstriman langsung pada 16 Ogos, mereka menunjukkan skin itu kepada peminat dan mempamerkan efek kuasanya dalam permainan.

Kini, skin itu mula dijual pada harga asal 899 Diamonds. Estes menggunakan persalinan yang bertemakan warna hitam dan putih berserta hiasan berlian. Karakter berambut putih ini sinonim dengan V33nus yang juga kapten skuad Filipina itu.

“Kami berterima kasih kepada peminat yang sudah membeli skin ini. 

“Sokongan anda memberi inspirasi kepada kami untuk lakukan yang terbaik musim ini dan membawakan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan jadi kami boleh mewakili negara ke M4 dan menggunakan skin signature ini,” kata Johnmar.

Dua pasukan dari MPL Filipina musim kesepuluh akan bertanding di M4 di Jakarta, Indonesia pada 1 Januari hingga 15 Januari 2023.

Setakat minggu kedua, Blacklist masih lagi menduduki tangga teratas carta.

Read More

MOBILE

Orange Esports kolaborasi bersama MAB?

Orange Esports nampaknya mengacah kolaborasi baru bersama pasukan MAB Esports.

Dalam satu hantaran di Instagram story @mplmy.offical sempena Media Day MPL MY S9 hari ini, Ciwing (Rush) menyebut tentang #BringItOn

Seperti yang kita tahu, tanda pagar itu banyak kali digunakan baru-baru ini merujuk kepada Abang Lord yang juga pemilik pasukan MAB Esports berkenaan isu joki yang mendapat perhatian warganet sejak beberapa minggu lepas.

Kelihatan kesemua pemain Orange Esports yang hadir juga seperti dari lineup MAB Esports.

Difahamkan, Orange Esports melepaskan kesemua pemain mereka pada musim lepas dan pemain-pemain itu ada yang menyertai pasukan seperti Caracal dan Axis Esports.

Namun, kita juga boleh melihat kelibat pengurus pada musim lalu, Alice yang kembali bersama pasukan.

Read More

MOBILE

Duo kembar, Minn dan Mann akan main untuk Axis Esports di MPL MY S9?

Pasangan kembar, Aiman Zairie Anuar (Mannn) dan kembarnya, Aimin Zairie Anuar (Minnn) dilihat melakukan sesi penggambaran bersama sempena Media Day bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 yang dijangka berlangsung pada Februari ini.

Yang menariknya, admin @mplmy.official meletakkan tag @axisesportsmy memberi bayangan bahawa organisasi itu akan bertanding di MPL MY S9.

Sebelum ini, duo kembar ini pernah bermain di pasukan Orange Esports.

 

Jadi pasukan manakah yang dijenamakan atau diambil alih oleh Axis Esports? Kita bakal saksikan.

Read More

eSPORTS

Jurulatih ONIC bagi alasan kenapa pasukannya tak ‘perform’ di M3

Jurulatih ONIC Esports, Aldo mengatakan mood pemain ONIC Esports terganggu disebabkan faktor pemain penat, makanan kurang sesuai dan waktu kuarantin yang lama di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Prestasi ONIC Esports dikatakan merudum selepas tewas di tangan Todak pada peringkat kumpulan dan tewas di tangan Blacklist International.

Namun, hakikatnya ramai lagi pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seperti juara M3, Blacklist International yang memulakan kembara mereka dari lower bracket.

Read More

MOBILE

Selepas enam musim, Potato akhirnya meninggalkan EVOS SG

Selepas enam musim Liga Profesional Mobile Legends (MPL), Andrew Lim atau lebih dikenali sebagai Potato kini meninggalkan pasukannya, EVOS SG.

Dalam satu video tribut di Instagram, EVOS SG menunjukkan klip Andrew menceritakan pengalamannya dari awal sehingga ke kejohanan dunia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS SG MY (@evos.sgmy)

Sepanjang kariernya, Potato banyak membantu pasukan itu menjadi juara antaranya MPL MYSG musim keempat, MPL SG 1 & 2 serta layak ke kejohanan M sebanyak tiga kali.

Pastinya kehilangan Potato akan memberikan kesan kepada EVOS SG dan pastinya mereka perlu mencari rentak kembali kerana kehilangan pemain veteran.

Semoga berjaya di luar sana Potato!

Read More

MOBILE

4 cara nak counter Yin

Yin adalah hero baru Mobile Legends yang amat menjengkelkan bagi sesiapa yang berhadapan dengannya.

Ini kerana ulti yang digunakan, My Turn mampu menyekat seorang musuh ke dalam medan pertarungan tersendiri (hanya Yin dan musuh) selama beberapa saat. Yang merisaukan, ulti ini boleh digunakan kepada sesiapa saja termasuklah jungler musuh.

Dia juga akan bertukar jadi Lieh dan kuasanya dipertingkatkan lagi dengan banyak.

Jadi, tindakan terbaik sekarang di rank adalah mengenakan ban kepadanya sekali gus menghalang outplay yang bakal terjadi.

Tapi, bagi anda yang terpaksa melawan Yin kerana terlepas ban ataupun apa pun sebabnya, ini adalah tips yang penulis syorkan.

1. Jika terkena ulti, cuba lawan

Salah satu kesilapan pemain ketika melawan Yin adalah melarikan diri daripada beliau ketika dalam ulti. Yin kuat tapi itu tak bermakna anda tak boleh membunuhnya. Jika Lieh (transformasi Yin) menggunakan Frenzy Strike, cuba elak dengan sebaik mungkin.

Hero seperti Yi Sun Shin dan marksman dengan keupayaan mobiliti boleh mengelak dengan baik kuasa ‘mengetuk tanah’ ini. Malah, skill ini ada kelemahan di mana fasa awalnya akan sasar automatik dan fasa seterusnya memerlukan pemain menyasar sendiri. Jadi anda boleh kelirukan pemain Yin kurang berpengalaman untuk meneka di mana anda akan bergerak.

Bagi penulis, hero dengan kuasa atau item lifesteal mampu melawannya dengan baik.

2. Main dengan selamat

Biasanya Yin memerlukan jarak dekat untuk menggunakan My Turn. Jadi jaga jarak anda dengan baik dengan melindungi di belakang tank. Kenakan damage dari jauh tapi berhati-hati dengan kuasa kedua Yin, Instant Blast yang membolehkannya Dash ke depan dan stun anda yang berada di belakangnya. 

Selagi anda jaga jarak, selagi itu anda boleh selamat daripada Yin.

3. Kalaupun anda mati dengan ulti, Yin juga ‘tinggi’ peluang untuk mati

Kelemahan My Turn adalah lokasi di mana Yin dan musuh tetap takkan berganjak dan hanya berada di satu tempat. Jika pemain Yin seorang yang agresif dan bermain solo, anda boleh menghukumnya dengan mengajak pasukan lain melindungi jungler. Selepas tamat ulti, Yin tetap akan keluar di lokasi sama dan anda boleh menunggu untuk ‘spam’ kesemua kuasa kepadanya.

Namun, pemain Yin yang bijak akan melakukan ulti ketika teamfight di kawasan Lord dan Turtle sekali gus menghalang jungler anda menggunakan retribution.

4. Kadita, Argus dan fighter dengan pertahanan tinggi

Kadita boleh mengelirukan Yin dengan kuasa pertama ombaknya sekali gus melarikan diri daripada ditumbuk. Kuasa kedua juga boleh buat Yin terhenti seketika. Jika nyawanya sikit, Kadita boleh guna ulti untuk melambatkan lagi usaha Yin membunuhnya.

Badang pula sangat kuat dengan attack speed items. Golden Staff saja sudah mencukupi untuk menambah kelajuan serangan Badang yang boleh menyebabkan mini-stun kepada Yin. Namun, untuk lebih selamat, gunakan Argus di mana ultinya boleh menambah nyawa dan melambatkan kematian.

Gunakan juga fighter yang mempunyai pertahanan tinggi seperti Silvanna dan Yu Zhong untuk melawannya.

Pastikan anda menggunakan mana-mana ulti ketika berada dalam domain Yin dan bukannya SEBELUM terkena ulti.

Read More

MOBILE

Orange Esports jumpa siapa tu…?

Orange Esports, salah satu pasukan yang bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 mengacah sesuatu menerusi hantaran Instagram Story mereka hari ini.

Menerusi perkongsian di bawah, kelihatan Pengurus Operasi Orange Esports, Kelvin Pang dan yang lain sedang menunggu kehadiran seseorang.

 

Di slide yang kedua, Kelvin mengucapkan selamat tinggal kepada individu itu. Sepertinya mereka ingin mengacah satu kolaborasi baru bersama pasukan.

Malah, Kelvin dalam satu hantaran di FB Group MPL MY juga mengatakan ada kejutan menunggu kepada peminat. 

Orange sendiri dikenali dengan ‘cara’ mereka merekrut pasukan untuk bermain di MPL sepanjang satu musim.

Jadi siapakan yang akan bermain di bawah Orange nanti?

Sebelum ini, lineup terdahulu dilepaskan dan mereka membawa haluan masing-masing. Malah, ada antara mereka yang sudah pun menyertai pasukan profesional seperti Team Haq Academy dan bermain untuk RSG di kejohanan MEC 2021/2022 tak lama dulu.

Read More

MOBILE

“Leixia dapat timba pengalaman baru, LinkEzaa kembangkan bakat,” – jurulatih Team Caracal, Kuja

“Bagi perspektif saya, ia amat menguntungkan kami kerana dapat memberi ruang kepada LinkEzaa untuk terus mengembangkan bakat dan juga memberi peluang untuk Leixia timba pengalaman baru,” itu kata jurulatih Team Caracal, Ajwad Mohd Yusof mengenai peminjaman Leixia ke Team SMG untuk MPL MY S9.

“Leixia memang ingin pengalaman baru bersama pasukan baru. Walaupun keputusan ini agak berat untuk dibuat, tapi kami dah sebulat suara yang pinjaman ini harus dibuat demi kebaikan karier masing-masing,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Difahamkan, Team Caracal sebelum ini mempunyai dua jungler yang mana Leixia dan LinkEzaa mengisi posisi itu. Namun, ketiadaan Leixia di kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC 2021/2022) menimbulkan tanda tanya.

Namun, persoalan itu pernah dijawab Kuja dalam temubual lepas, mengatakan Leixia mempunyai urusan keluarga dan kurang latihan bersama pasukan.

LinkEzaa pula sangat menyinar dalam pasukan Orange Esports sebelum ini selepas muncul pemain Rookie Terbaik dalam liga itu. Dia menunjukkan corak permainan yang agak agresif dengan penggunaan Alucard, Aulus dan Lancelot. 

Pastinya kemasukan Leixia ke Team Caracal untuk MPL MY S9 ini akan mengembangkan lagi bakat pemain muda ini.

“Pesanan saya buat Leixia, kami masih di sini Ki. Jangan lupakan kami, kalau tak motor kau hilang,” katanya berseloroh.

Adakah kita akan nampak Team SMG menjadi lebih konsisten selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Read More

MOBILE

Leixia dipinjamkan ke Team SMG untuk MPL MY S9

Pemain Team Caracal, Ahmad Ali Huzaify (Leixia) dipinjamkan ke Team SMG selepas lama tidak memunculkan diri di kejohanan yang disertai pasukan itu.

Jungler ini dikhabarkan masih bersama Caracal namun akan bermain untuk MPL MY S9 tak lama lagi.

Dalam satu video di Instagram, Leixia juga mengatakan dia tiada isu bersama pasukan dan berharap netizen akan terus menyokong pasukan ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

Sebelum ini, Leixia tidak bermain di Kejohanan Esports Malaysia (MEC 2021/2022) dan posisinya digantikan oleh LinkEzaa.

Kuja juga ada menyatakan kepada MyGameOn yang Leixia sibuk dengan urusan keluarga dan kurang masa latihan bersama pasukan.

Semoga berjaya Leixia!

Read More

MOBILE

Bukannya joki.. Avaa jelaskan keadaan sebenar dalam video TikTok

Berikutan isu joki yang didakwa berlaku pada pasukan Mikey menentang MAB Esports dalam pusingan kelayakan MPL MY S9 semalam, akhirnya pemainnya, Avaa memberikan penjelasan.

Menerusi satu video di TikTok yang dimuat naik hari ini, kelihatan setiap pemain Mikey hadir untuk berlawan dan tidak menggunakan khidmat pemain lain seperti didakwa.

@avaakadavra

Here we go again 👋🏼 , maaf kalau ade yg terasa apa atau menimbulakan bnyk isu , sy avaa wakil mikey menyusun 10jari 🙏🏼

♬ original sound – Avaaa

Video itu menunjukkan mereka sedang fokus dalam permainan sementara menunggu untuk menamatkan pusingan.

Dalam video itu juga kedengaran suara ‘marshal’ yang meminta untuk menunjukkan telefon bagi memastikan mereka adalah individu sebenar yang menang pusingan itu dan bukannya orang lain.

Kini, Mikey layak ke MPL MY S9 selepas menewaskan pasukan Team Lemah sebenar tadi dalam kelayakan akhir.

Read More

MOBILE

Inilah senarai penuh pasukan MPL MY S9, tiada Team Bosskurr, Red Esports kembali

Selepas pusingan kelayakan akhir yang menyaksikan Team Caracal dan Mikey layak ke musim liga MPL MY S9, sekali lagi ada kejutan di mana Team Bosskurr melepaskan slot dan memberikannya kepada Red Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Pasukan yang dijemput adalah lapan pasukan iaitu:

  • HomeBois
  • Red Esports (slot diberikan oleh Team Bosskurr)
  • RSG MY
  • Team SMG
  • Suhaz Esports
  • Todak MLBB
  • Geek Fam
  • Orange Esports

Team Caracal dan Mikey pula mendapat slot selepas masing-masing menang ke atas pasukan THQ Academy dan Team Lemah hari ini.

MPL MY S9 akan bermula tidak lama lagi di mana musim liga akan menyaksikan lebih ramai ahli baru yang mungkin masuk berikutan jendela perpindahan pemain akan dibuka.

Foto: MPL MY

Read More

MOBILE

Rippo kembali ke Indonesia, bakal bermain di MPL ID S9

Pemain kelahiran Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo kini bersama Bigetron Esports kembali selepas bercuti panjang pada Disember lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story @mpl.id.official, mereka merakamkan sesi fotografi ‘media day’ bagi persediaan menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) ID musim kesembilan.

Dalam satu hantaran itu, kelihatan kelibat Rippo yang turut sama menghadiri sesi bersama rakan sepasukannya.

MPL Indonesia S9 dijangka bermula pada Februari ini mengumpulkan 8 pasukan terbaik Indonesia yang bersaing selama beberapa minggu.

Kalau diikutkan format sebelumnya, hanya enam pasukan akan layak ke playoffs. 

Read More

Showing 1 - 12 of 14 Results