Krafton

MOBILE

Ryzen masih bersama Red Aliens

Pemain Profesional e-sukan PUBG Mobile dari Indonesia iaitu Ryzen kini masih bersama pasukannya Bigetron Esports.

Pengumuman ini dibuat oleh organisasi itu di dalam Instagram rasmi mereka.

https://www.instagram.com/p/CZT904SqFt8/

Terdahulu, ada ura-ura mengatakan bahawa beliau tidak mahu untuk memperbaharui kontraknya bersama BTR.

Adakah Ryzen mampu meningkatkan mutu permainan beliau di dalam tahun 2021 untuk mengembalikan zaman kegemilangan BTR? Kita bakal saksikan.

Sumber: Bigetron Esports

Read More

MOBILE

PUBG Mobile menerima peta baru, Aftermath, di kemaskini seterusnya

Krafton mengumumkan peta baharu bernama Aftermath beberapa minggu lalu. Seperti biasa, terdapat unsur unik pada peta yang menjadikannya lebih menarik. Lebih-lebih lagi, ia adalah Livik yang dibayangkan semula. Ia adalah peta mod klasik.

Sementara itu, terdapat perubahan bentuk muka bumi dalam 2Ă—2 km kecil. Krafton juga mengubahnya disebabkan oleh bom dan letusan gunung berapi. Sebab itu kita boleh lihat kawasan zon permainan sedikit kecil.

Ditetapkan pada masa hadapan, semua senjata dipasang dengan teknologi baharu yang dipanggil  AC Core Module. Ini menjadikan senjata itu lebih stabil dan lebih mudah untuk disasarkan. Selain itu, semua watak diberikan Tactical Glasses, yang menunjukkan jumlah damage yang diberikan kepada musuh.

Pemain juga akan dapat menghidupkan semula rakan sepasukan dalam mod ini seperti di Apex Legends. Ini boleh dilakukan dengan mencari Recall Tower untuk menghidupkan semula rakan sepasukan.

Perubahan lain pada peta ini termasuk zipline baharu yang memudahkan pergerakan. Saiz kawasan bandar dan kepadatan zon permainan dikurangkan juga untuk memudahkan pengesanan musuh.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

MOBILE

Inilah harapan CEO BTR pada gabungan Era dan Ace ke dalam Bigetron

Pasukan Belletron Ace dan Era baru saja diumumkan bergabung dengan Bigetron Esports.

Belletron ditubuhkan pada 2018 untuk menjadi salah satu pasukan yang akan memperkasakan e-sukan wanita di Indonesia.

https://www.instagram.com/p/CZLrJNmrCoI/

Kini, impian itu sudah tercapai dan sudah tiba masanya untuk mereka bergabung dengan Bigetron Esports bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi dan cemerlang.

Menurut CEO Bigetron Esports, harapan beliau buat gabungan ini adalah untuk mewujudkan sinergi dan kerjasama untuk memberikan usaha kepada pencapaian yang lebih besar.

Adakah BTR Era dan juga Ace dapat memberikan pencapaian yang lebih besar dari sebelum ini? Kita bakal saksikan.

Read More

eSPORTS

Era dan Ace kini rasmi bergabung bersama Bigetron Esports

Selepas mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Belletron Ace dan juga Era, kini Bigetron Esports membuat pengumuman baru.

Mereka mendedahkan Ace dan Era sudah bergabung bersama Bigetron Esports dan sekarang dikenali sebagai Bigetron Ace dan Era.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah pautan video di Instagram rasmi mereka.

https://www.instagram.com/p/CZJvIXgKz7A/

Menurut mereka, gabungan itu akan membuatkan pasukan itu menjadi lebih kuat dan mempunyai satu tujuan iaitu menjadi juara.

Adakah organisasi Bigetron Esports melakukan perkara ini untuk memudahkan lagi mereka mengurus pasukan wanita divisi PUBG Mobile dan Mobile Legends itu? 

Sumber dan foto: Bigetron Esports

Read More

PC

PUBG New State mungkin akan dilancarkan di PC

PUBG: New State adalah keluaran PUBG di peranti pintar kedua selepas PUBG Mobile. Ia menawarkan grafik serta pengalaman yang dinaik taraf daripada permainan asal.

Baru-baru ini, media sosial PUBG: New State dilihat menggunakan judul New State Mobile sebagai judul rasmi permainan. 

Malah, di laman web rasmi permainan juga menunjukkan nama serta logo yang sudah berubah kepada New State Mobile.

Penggunaan nama New State Mobile memberi implikasi bahawa permainan ini akan tiba ke pelantar PC, dan mungkin akan diiklankan di rantau di mana PUBG: Battlegrounds yang baru-baru ini menjadi percuma, tidak begitu terkenal.

Selain itu, ini juga mungkin langkah untuk Krafton dan PUBG Studios membezakan antara tiga jenis permainannya yang hampir sama agar pemain tidak terkeliru.

Apa-apa pun, setakat ini, tiada pengumuman rasmi lagi tentang permainan ini akan muncul di PC.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

MOBILE

Nova Esports muncul juara PMGC 2021

Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat Grand Final kini sudah hampir melabuhkan tirai.

Pasukan Team Secret dan 4Rivals membawa nama Malaysia ke pentas dunia. 

16 pasukan dari seluruh dunia bertanding untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS3.49 juta (RM14.6 juta).

Pasukan Nova Esports dari China berjaya muncul juara untuk tahun 2021. Mereka mempertahankan gelaran mereka di edisi lepas.

Satu kejayaan yang sangat membanggakan pasukan itu kerana beroleh gelaran back to back champion.

Pasukan Nova Esports memperolehi hanya 1 chicken dinner di dalam 18 pusingan yang dipertandingkan.

Namun begitu, mereka sangat konsisten di dalam memperolehi top 5 dan menyumbangkan banyak mata berdasarkan placing point dan kill point.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Nova Esports. Syabas juga diucapkan kepada Team Secret dan 4Rivals kerana membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Meskipun tidak bergelar juara, namun mereka sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam semua perlawanan.

Read More

MOBILE

Ryzen masih bersama Bigetron Red Aliens?

Bigetron Red Aliens adalah salah satu kuasa besar di dalam PUBG Mobile baik di Indonesia mahupun dunia.

Pencapaian mereka di tahun 2020 begitu baik sekali dengan mendapat tempat kedua di musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile.

https://www.instagram.com/p/CY8cSNDBrWx/

Namun begitu, prestasi mereka di tahun 2021 kurang memuaskan apabila mereka gagal ke peringkat grand final PMGC 2021.

Di dalam penstriman Nimo TV BTR Starlest, Edwin Chia menyuarakan pandangan tentang kedudukan Ryzen di dalam pasukan.

“Apakah Ryzen tetap di Bigetron Red Aliens? Saya tidak tahu, isnin depan kami akan mengadakan sidang media untuk divisi PUBG Mobile Bigetron 2022,” ujarnya.

Adakah kita akan melihat BTR mengubah barisan pemain mereka untuk musim baru kali ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Read More

eSPORTS

Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals yang akan bertanding di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat akhir nanti.

Ucapan itu dibuat di dalam sebuah hantaran Facebook beliau semalam. Beliau sempat minum petang bersama pasukan tanah air serta mendengar perancangan mereka.

Selamat maju jaya juga diucapkan kepada pasukan 4Rivals dan Team Secret yang akan mewakili Malaysia untuk merebut gelaran juara dunia PUBG Mobile.

Nantikan perlawanan mereka pada hari jumaat sehingga ahad ini. Jangan lupa untuk berikan sokongan yang padu kepada mereka.

Foto: Najib Razak

Read More

MOBILE

Krafton saman Apple, Google, Garena kerana Free Fire?

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah salah satu permainan genre battle royale yang paling terkenal. Ini kerana ia adalah permainan yang paling awal dalam genre itu. Permainan itu dilancarkan pada awal tahun 2016 dan PUBG Mobile pula dilancarkan pada tahun 2018.

Kini, Krafton, syarikat induk pembangun dan penerbit PUBG, menyaman Apple, Google dan Garena, mendakwa pelanggaran hak cipta oleh permainan battle royale mudah alih Free Fire.

Menurut laporan daripada Reuters, Free Fire dikatakan meniru beberapa aspek permainan PUBG seperti “struktur permainan, item dalam permainan, peralatan dan lokasi,”

Walaupun Garena disaman kerana membangunkan Free Fire itu, Google dan Apple disaman sekali kerana mengedarkan Free Fire di gedung aplikasinya.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Krafton sudah memohon Garena, Apple, dan Google untuk berhenti daripada mengedarkan permainan itu Disember lalu. Disebabkan tiada tindakan dari pihak tiga syarikat itu, Krafton membawa kes ini ke mahkamah di California untuk menyekat permainan dan menuntut ganti rugi yang dikatakan termasuk keuntungan Garena daripada jualan item dalam permainan.

Selain itu, Krafton juga menyebut Free Fire MAX sebagai salah sebuah permainan yang juga meniru elemen permainan hasil Krafton itu. 

YouTube juga dinamakan sebagai defendan kes ini kerana pernah menganjurkan video permainan Free Fire, serta filem Cina yang dikatakan oleh Krafton sebagai dramatisasi aksi langsung permainannya.

Walaupun PUBG Mobile dengan cepat menjadi judul permainan mudah alih terkemuka sejak dikeluarkan empat tahun lalu, ia menghadapi persaingan daripada Garena Free Fire.

Tuntutan Krafton datang tidak lama selepas syarikat itu mengeluarkan permainan mudah alih baharu, PUBG: New State, yang dikeluarkan pada bulan November.

Sumber rujukan: Reuters, Dexerto

Read More

MOBILE

HomeBois mengacah pemain baru mereka bakal diterajui Ironpro

HomeBois adalah salah satu pasukan yang akan bermain di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima.

Mereka mengumumkan Ironpro menjadi pemain mereka di samping empat lagi pemain yang belum diumumkan kemunculan mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka sendiri.

https://www.instagram.com/p/CYk-ezJrNTH/

Sebelum ini, HomeBois mendapat tempat ke-16 di peringkat akhir PMPL MY/SG musim ke-4. Keputusan itu menyebabkan mereka gagal layak ke Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile (SEA Championship).

Adakah barisan pemain baru ini bakal mengubah nasib HomeBois di musim kelima nanti? Kita bakal saksikan.

Foto: HomeBois

Read More

MOBILE

Pencipta ‘hack’ PUBG Mobile didenda AS$10 juta, mahkamah arah mendedahkan kaedah mencipta aplikasi penipuan

Permainan dalam talian sering dibelenggu masalah ini: penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘cheat’ dan PUBG Mobile tidak terkecuali. Walaupun pembangunnya, Krafton, sudah melakukan pelbagai usaha seperti menggantung pemain yang menggunakan kaedah terkutuk ini, isu ini masih berleluasa.

Malah, Krafton mengambil langkah untuk menutup akaun-akaun media sosial yang menjual aplikasi penipuan ini.

Mereka juga mengambil langkah drastik dan membawa isu ini ke pihak mahkamah. Mujurnya, mereka berjaya memenangi kes itu dan pembangun aplikasi penipuan itu didenda sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) yang perlu dibayar ke Tencent dan Krafton. 

Pembangun ‘hack’ itu juga diarahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti lanjut mengenai pembangunan penipuan dan mendedahkan segala butiran tentang sebarang eksploitasi yang mereka gunakan untuk membolehkan pembangunan aplikasi penipuan dalam PUBG Mobile.

Melalui wang yang akan diterima ini, Tencent dan Krafton akan melaburkan wang ini kepada usaha pembangunan teknologi anti-penipuan. Antara teknologi baru hasil dua syarikat ini adalah ‘device ban’ yang menghalang peranti daripada log masuk atau mencipta akaun baru di PUBG Mobile.

Nampaknya usaha Tencent dan Krafton dalam menangani isu penipuan ini membuahkan hasil.

Sumber rujukan: Dotesports

Read More

MOBILE

PUBG: New State akan menerima dua peta baru tahun ini

Krafton mendedahkan paparan pertama peta baharu yang akan datang ke PUBG: New State pada tahun ini.

Dalam mesej Selamat Tahun Baru, Krafton mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan medan pertempuran baharu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Walaupun maklumat berkenaan peta baharu ini tidak didedahkan lagi, ia nampaknya mempunyai rupa bumi yang kasar dengan tumbuh-tumbuhan dan gunung.

Pada masa ini, PUBG: New State mempunyai dua peta battle royale, Troi dan versi Erangel yang dinaik taraf. Kedua-duanya bersaiz 8×8 ​​kilometer. Krafton tidak mendedahkan saiz peta yang akan datang ke New State.

Pembangun juga mendedahkan bahawa ia sedang mengusahakan banyak kandungan baharu yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Yang pertama daripada ini akan keluar dalam dua bulan pertama tahun ini. Butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian.

Krafton menjanjikan pemain bahawa salah satu keutamaan utamanya tahun ini adalah untuk terus membuat kemaskini dan penambahbaikan pada permainan. Mereka berkata bahawa mereka bercadang unutk melakukan kemaskini ini melalui ‘komunikasi terbuka dan telus’ dengan pemain.

Krafton juga menawarkan semua pemain hadiah tahun baru yang boleh dituntut sehingga 10 Januari. Pemain boleh menebus kod kupon ‘HAPPYNEWSTATE’ untuk mendapatkan enam Chicken Medal dan tiga Royal Chest Tickets. Kod itu boleh ditebus di sini.

Sumber rujukan: Krafton

Read More

Showing 1 - 12 of 14 Results