HomeBois

“Kami lebih berdisiplin di perlawanan ketiga,” – Saiful

Pasukan Homebois mengalami dua kekalahan sebelum ini dan mereka harus menebus kembali di dalam perlawanan menentang Team Lunatix. 

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan bermain di perlawanan ketiga untuk menentukan pasukan manakah yang menjadi juara.

Pasukan Homebois mendapat kelebihan di minit awal permainan apabila rotasi mereka berkesan untuk menghentikan kemaraan Team Lunatix menghancurkan turret di bahagian atas.

Team Lunatix terus kehilangan momentum mereka apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan di dalam pertarungan.

Jurang perbezaan gold yang sangat ketara menyebabkan Team Lunatix gagal untuk menjatuhkan pasukan Homebois.

Mereka cuba untuk bermain split push namun ia tidak membuahkan hasil yang sangat baik.

Luminous Lord yang diambil oleh pasukan Homebois pada minit ke-12 menjadi kunci kemenangan mereka di dalam perlawanan terakhir ini.

Mereka terus merusuh ke arah base pasukan Team Lunatix dan akhirnya menamatkan permainan.

Nampaknya kemasukan Saiful ke dalam pasukan menggantikan Xpedea memberikan mereka kemenangan.

 

Read More

MPL MY: RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka

Perlawanan kedua pada hari pertama peringkat liga MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan menentukan kemenangan di perlawanan ketiga.

Mrul yang menggunakan Franco diasak teruk oleh Xpdea pada minit awal permainan. Dia terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari ditumbangkan Natalia.

Walau bagaimanapun, Homebois lebih fokus kepada objektif dan mereka berjaya mendapatkan turtle yang pertama.

RED Esports mula mengawal permainan apabila mereka berjaya memenangi pertempuran yang dipaksa oleh pasukan Homebois.

Lord pertama berjaya diambil oleh mereka dan inhibitor turret pasukan Homebois hampir dimusnahkan.

Akhirnya pasukan RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan di minit ke-14 apabila Lord kedua didapatkan oleh Zaed.

Read More

Nur Aisyah Khaliesha (Sushi) sahut cabaran menguruskan pasukan HomeBois MLBB

Pengurus pasukan e-sukan kebanyakannya lelaki. Namun, ia bukan penghalang bagi Nur Aisyah Khaliesha Ishak ataupun mesra dikenali sebagai Sushi menyahut cabaran sebagai Pengurus Pasukan HomeBois MLBB yang baharu.

Ujar gadis berusia 21 tahun ini, menyertai HomeBois sebagai pengurus adalah satu pengalaman menarik buatnya.

“Ini adalah kali pertama saya menguruskan pasukan e-sukan yang terkenal.

“Mula-mulanya mencabar namun dengan pertolongan dari HomeBois, mereka banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar dalam pengurusan.

“Saya sendiri tak letakkan jangkaan tapi bagi saya pasukan baru bermakna banyak pengalaman dan stail baru saya akan belajar,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini juga mengatakan dia banyak meluangkan masa bermain Mobile Legends bersama pemain HomeBois.

“Biasanya kami akan main MLBB bersama dan lepak makan untuk eratkan silaturrahim tapi kebanyakan masa mereka diluangkan bagi latihan dan scrims untuk menaik taraf gaya permainan.

“Sekarang saya banyak tolong menguruskan jadual tidur mereka kerana mereka perlu bangun awal untuk memulakan latihan.

“Walaupun saya seorang introvert tapi mereka semua ramah. Saya selesa dan ‘sekepala’ bila lepak bersama mereka,” katanya yang pernah bermain kompetitif sebelum ini.

Sushi yang juga seorang streamer dan cosplayer juga mempunyai nasihat kepada wanita di luar sana untuk terus berjaya dalam e-sukan.

“Anda tak perlu takut mengambil risiko dan peluang. Ia akan menjadi sukar kerana industri ini didominasi lelaki tapi ia akan berbaloi apabila anda dah mula menemui rentak. 

“Percaya, yakin dan anda akan berjaya menggapainya,” katanya yang gemar menonton anime pada waktu lapang.

MPL MY musim kesepuluh akan memulakan musim liganya pada 5 Ogos ini.

HomeBois memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya Ombong Haha, Xpdea dan Makdi pada musim kali ini manakala Saiful pula menjadi jurulatih.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Read More

eSPORTS

Soloz Club menang tempat kelima bagi kategori Youtubrity Terbaik Malaysia

Personaliti e-sukan popular tanah air, Faris Zakaria atau Soloz berjaya menggondol tempat kelima bagi anugerah Youtubrity Terbaik Malaysia, semalam.

Kemenangan itu diraih mengikut populariti yang diperoleh saluran Youtubenya iaitu Soloz Club.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Sementara itu, Nureddy Nursal (DaddyHood) pula memenangi anugerah kategori Saluran E-Sukan Terbaik.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Tahniah diucapkan kepada Soloz dan DaddyHood atas kemenangan mereka!

Untuk rekod, Soloz Club mencatatkan 1.55 juta subscribers manakala saluran DaddyKr3w kini dengan 599 ribu subscribers.

Daddy menerusi salurannya gemar merakam aktiviti sosial bersama ahli-ahli HomeBois seperti jamming dan sebagainya manakala Soloz pula lebih kepada video highlight bermain MLBB.

Read More

MOBILE

HomeBois mengacah pemain baru mereka bakal diterajui Ironpro

HomeBois adalah salah satu pasukan yang akan bermain di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima.

Mereka mengumumkan Ironpro menjadi pemain mereka di samping empat lagi pemain yang belum diumumkan kemunculan mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka sendiri.

https://www.instagram.com/p/CYk-ezJrNTH/

Sebelum ini, HomeBois mendapat tempat ke-16 di peringkat akhir PMPL MY/SG musim ke-4. Keputusan itu menyebabkan mereka gagal layak ke Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile (SEA Championship).

Adakah barisan pemain baru ini bakal mengubah nasib HomeBois di musim kelima nanti? Kita bakal saksikan.

Foto: HomeBois

Read More

Showing 1 - 5 of 5 Results