Garena

Sambutan ulangtahun Free Fire pada 27 Ogos ini menyertakan lagu dari Justin Bieber, Beautiful Love (Free Fire)

Sempena sambutan ulangtahun kelima Free Fire, mereka akan menampilkan lagu baharu dari Justin Bieber berjudul Beautiful Love (Free Fire) yang akan dipersembahkan dalam permainan pada 27 Ogos ini.

Selain itu, akan terdapat banyak acara dalam permainan termasuk persembahan Justin Bieber dalam permainan. Bintang global itu akan mempersembahkan Beautiful Love (Free Fire) di atas pentas virtual FF buat pertama kali.

Pemain dan peminat boleh mendekati karakter ini dalam permainan, J.Biebs menerusi beberapa siri minigames.

Pada 30 Ogos pula, lagu JB ini akan dilancarkan secara global di semua platform penstriman muzik seperti Spotify sebelum pelancaran rasmi video muzik pada September.

Peminat juga boleh menyertai cabaran menyanyi di Instagram yang mana mereka berupaay memenangi merchandise Free Fire X Justin Bieber.

Terdapat banyak kandungan menarik pada September antaranya Reunite The World yang akan melabuhkan tirainya dan Droid Apocalypse, satu mod baru pada 3 September.

Ia menampilkan perlawanan 12 pemain antara Manusia dan Droid yang mana seorang pemain mengawal Droid dan boleh mengubah pemain lain menjadi robot juga.

Read More

SEM9 sah kembali ke arena e-sukan Free Fire, MCPS cabaran pertama

Organisasi e-sukan yang dikenali ramai, SEM9 sudah mengumumkan roster baharu bagi membuat kemunculan semula ke dalam arena e-sukan Free Fire tanah air.

Melalui satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi SEM9, seramai enam pemain yang ditandatangani oleh pasukan ini.

Roster ini sebelum ini bermain untuk pasukan Geek Fam, namun memilih untuk bergerak tanpa organisasi itu bagi menghadapi Kejohanan MCPS Major musim keempat selepas mendapat slot secara automatik.

Barisan pemain ini dikumpulkan bersama sejak Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) musim pertama. Pada ketika itu, Fikryx1, Orenn dan Man04 diperkenalkan bersama pemain asal Akiq dan Zack.

Selepas semusim, Akiq memilih untuk mengundurkan diri daripada pasukan manakala Zack menukar haluan karier ke pasukan Todak.

Pasukan itu membawa masuk Raja dari pasukan WatchNLearn dan Fenixx dari Blacklist International tampak memberikan impak positif apabila muncul sebagai juara peringkat liga dan menjuarai Grand Final Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua. 

Kini, pasukan itu memilih untuk bekerjasama di bawah naungan organisasi e-sukan SEM9 bagi menghadapi musim ini. 

Hanya dua pertukaran dilakukan oleh pasukan itu apabila tidak menyenaraikan Xbot, malah menambah seorang pemain berpengalaman iaitu Lemon dari pasukan Expand. 

Berikut adalah senarai pemain yang dibariskan dalam roster SEM9 Free Fire:

  • Arif Fikri Bin Khairuddin (SEM9.FikryXI)
  • Lukman Hakim Abdullah (SEM9.Man04)
  • Muhammad Nabil Syamim Abdul Kahar (SEM9.Fenixx)
  • Mohammad Nor Fadillah Nor Azrul (SEM9.Rajaa’)
  • Muhammad Nurfirdaus Norhata (SEM9.Lemonn)
  • Liew Yi Cheng (SEM9.Oren)

Kejohanan MCPS musim keempat bakal menjadi medan ujian pertama bagi pasukan itu bersama SEM9.

Read More

Inilah 9 pasukan yang layak ke liga MCPS S4

Peringkat kelayakan akhir sudah berlangsung baru-baru ini, sembilan pasukan sudah mengesahkan slot ke liga Kejohanan Major Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka (MCPS) musim keempat. 

Pada aksi itu, pasukan dari Filipina AV Radicals sudah berjaya menduduki posisi pertama kelayakan dengan mengutip tiga Booyah dan 97 mata singkir. Hal ini  menyaksikan pasukan itu mengumpul 186 mata keseluruhan. 

AV Radicals adalah pasukan dari FIlipina yang menjalinkan kolaborasi bersama pasukan Game Master yang ditubuhkan oleh individu berpengaruh dalam komuniti,GM Remy.

“Bagi MCPS ini kami akan menggunakan nama AV Radicals oleh kerana ingin membawa sentimen kenegaraan ke dalam arena e-sukan Free Fire,” ujar pengurus pasukan, Abby.

Di samping itu, pasukan yang meniti di bibir peminat e-sukan tempatan, Expand tampak unggul di posisi kedua dengan mengaut 90 mata singkir walaupun hanya meraih satu Booyah sahaja. Aksi mantap itu menjanjikan 173 mata keseluruhan kepada pasukan Expand.

Peringkat kelayakan akhir ini memperlihatkan tiga pasukan dari Filipina menguasai empat teratas carta keseluruhan. Pasukan Anxiety mengumpul 170 mata keseluruhan di posisi ketiga dan Supreme Assault Forces mencatatkan 146 mata k