Epic Games

Fornite x Dragonball – Kamehameha dari Goku untuk Fornite

Fornite dan Dragonball kini berkolaborasi dan video trailer pun sudah dikeluarkan.

Watak-watak terkenal dari Dragonball juga akan datang seperti Goku, Vegeta, Beerus dan Bulma.

Mereka semua akan mempunyai pelbagai jenis skin seperti Super Saiyan, Ultra Instinct dan lain-lain.

Akan terdapat satu acara baru iaitu Power Unlashed Quest yang memberi anda glider Shenron jika anda berjaya mengumpulkan Dragon Balls yang ada di peta-peta Fornite.

Asset of kamehameha gameplay

Anda juga akan mendapat barang-barang bertemakan Dragonball.

Dalam peta ini akan terdapat Istana Kami, rumah Goku, Bilik Latihan Ruang dan Masa dan lain-lain lagi.

Asset of the episode festival experience

Terdapat juga satu kapal yang akan memaparkan episod-episod dari Dragon Ball Super untuk semua pemain tonton di dalam Fortnite.

Acara sudah ini bermula pada 16 Ogos sehingga 17 September ini.

Read More

MOBILE

Tarian ‘Tunak Tunak Tun’ diabadikan di Fortnite

Fortnite amat terkenal dengan memperkenalkan sensasi hangat terkini sebagai kandungan dalam permainanya. Baru-baru ini, Spider-Man menyertai permainan itu sebagai watak yang boleh dimainkan. Malah, The Rock juga diperkenalkan sebagai watak permainan itu. Kini, sebuah meme klasik yang dikenali ramai sudah dijadikan sebagai emote dalam Fortnite.

Tunak Tunak Tun oleh Daler Mehndi kini akan diperkenalkan di Fortnite untuk pemain semua. Berdasarkan tirisan yang tular di media sosial, ia bakal dilancarkan di Fortnite dalam masa yang terdekat, namun belum ada tarikh rasmi untuk tarian Bhangra ini.

Rupanya, perminataan untuk tarian hasil Daler Mehndi ini sudah lama berlegar di ruang internet. Ada yang menyatakan bahawa sudah 3 tahun sejak permintaan ini pertama dijumpai.

Setakat ini, tiada tarikh atau maklumat lain tentang kandungan lain yang bakal hadir ke dunia battle royale Fortnite.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results