Diablo

Pemain Diablo Immortal ini berbelanja AS$100 ribu tapi tak ada siapa nak lawan PVP

Disebabkan terlalu hebat kerana membelanjakan sehingga AS$100,000 (RM445,000) dalam Diablo Immortal, seorang pemain ingin meminta bayaran balik kerana kehilangan akses untuk perlawanan PvP.

Pencipta kandungan di Youtube, jtisallbusiness mengatakan dia sudah sebulan setengah berdepan situasi ini. Berdasarkan situasi, dia menghabiskan 48 hingga 72 jam mencari pemain di Battlegrounds PvP namun tiada pemain yang muncul. Ini kerana matchmaking rating miliknya yang terlalu tinggi.

Yang paling mengejutkan dia mempunyai kadar kemenangan antara 300 dan 450 kemenangan dan hanya tiga kekalahan. Isu ini bagaimanapun dibincangkan di forum namun tiada wakil Blizzard yang memberi maklumbalas.

Dia juga masih berbelah bagi sama ada tak berbuat apa-apa atau mencari peguam untuk membuat tuntutan bayaran balik.

Diablo Immortal pernah menerima kritikan kerana sistem transaksi mikro ‘cekik darah’ yang memerlukan pemain berbelanja sehingga AS$110,000 untuk menaik taraf karakter ke tahap tertinggi.

Permainan mudah alih ini memperoleh pendapatan lebih AS$100,000 juta dalam masa lapan minggu dilancarkan.

Sumber rujukan: Videogameschronicle

Read More

Torchlight: Infinite buka pra-pendaftaran di Android dan iOS

Permainan video seakan Diablo, Torchlight: Infinite kini sudah memulakan pra-pendaftaran untuk Android dan iOS.

Berbeza dari Torchlight yang asal, kisah di peranti pintar ini juga merbahaya dan berasaskan era selepas apokalips yang diinspirasikan dari lore asal Torchlight.

Kali ini, anda boleh grind sebanyak mungkin untuk mencari material dan kelengkapan menarik yang mana lebih ganjil stats, lebih bagus kelengkapan itu. Dapat banyak kelengkapan tapi tak boleh guna? Torchlight: Infinite membolehkan sistem pertukaran barang dengan pemain lain juga.

Permainan penuh akan dilancarkan pada Oktober ini.

Read More

MOBILE

Diablo Immortal – pra-pendaftaran kini dibuka, banyak perubahan baru

Blizzard Entertainment baru-baru ini mengumumkan kemaskini terbaru mengenai Diablo Immortal yang akan datang melalui dua catatan blog.

Melalui blog pertama, mereka menyatakan beberapa kosmetik menarik yang Immortal akan sediakan kepada pemain untuk menyesuaikan dan mencantikkan watak.

Mereka juga berkongsi butiran tentang ciri baharu yang akan ditambah pada permainan selepas pelancaran yang membenarkan pemain menukar kelas tanpa perlu mencipta semula watak baharu.

Anda boleh membaca blog di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Melalui blog kedua pula, mereka menyatakan pra-pendaftaran bagi Android, iOS dan iPadOS sudah pun dibuka hari ini di DiabloImmortal.com.

Tahun ini, mereka mahu mencapai 30 juta pra-pendaftaran di iOS, iPadOS dan Android sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun.

Berita kurang baik buat peminat, tarikh pelancaran Diablo Immortal pada 30 Jun bukanlah tarikh pelancaran rasmi,  ia hanyalah tarikh sasaran mereka semasa membangunkan permainan mudah alih itu. 

Anda juga boleh melayari gamespress untuk semua info berkaitan Immortal.

Foto: Dexerto

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results