Commonwealth Games 2022

“Skuad Wanita Dota 2 berjaya mengeluarkan potensi penuh di E-Sukan Komanwel,” – Tiffani Oling

Kejayaan Skuad Wanita Dota 2 mewakili Malaysia tempoh hari ke Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) di Birmingham, United Kingdom berjaya menambat hati ramai rakyat malaysia.

Mereka berjaya membawa pulang pingat emas sekaligus mengharumkan nama Malaysia di dalam pentas dunia.

Semasa ketibaan Kontinjen Malaysia ke tanah air, kami sempat menemubual mereka untuk bertanya rancangan mereka selepas ini.

@mygameondotmy Pasukan Dota 2 wanita berpuas hati menang emas dengan rekod tiada kekalahan di CEC (Komanwel) 2022 #commonwealth2022 #fyp #kakigaming #esports #dota2 ♬ Summer day – TimTaj

Ketika ditanya tentang perasaan mereka memenangi pingat emas, Aurora selaku kapten berkata mereka sangat berpuas hati dengan prestasi masing-masing di Sukan Komanwel itu.

“Saya rasa semuanya berjalan dengan baik memandangkan kami bermain agak teruk ketika latihan sebelum kejohanan bermula. Namun begitu, semua orang bersemangat ketika bermain di kejohanan.

“Persiapan yang seterusnya harus dirancang semula kerana pertandingan seterusnya berbaki empat bulan lagi. Kami harus merancang dengan teliti, kita lihat apa yang kita mampu buat nanti,” ujar Aurora.

Ditanya tentang prestasi Team Malaysia ketika kejohanan berlangsung, Tiffani selaku Pengurus mereka menyatakan mereka bermain mengatasi prestasi mereka sendiri.

“Saya rasa mereka benar-benar mengatasi prestasi mereka sendiri. Sebelum ini, ketika latihan ianya tidak berjalan dengan begitu baik.

“Akan tetapi, setiap kali mereka bermain di pertandingan LAN dan offline, mereka seperti mengeluarkan potensi penuh mereka,”

Tonton video penuh temubual bersama Skuad Dota 2 Wanita di laman rasmi Tiktok kami.

Foto: Instagram @globalesportsfed 

Read More

Kontinjen E-sukan Malaysia raih 3 Pingat Emas di Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 – Tahniah!

Kontinjen e-sukan Malaysia berjaya mengharumkan negara dengan tiga pingat emas diraih di Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) 2022 baru-baru ini di Birmingham, England.

Pada 6 Ogos lepas, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh yang memenangi emas pertama untuk eFootball mengalahkan pemain Scotland Gary McInnes.

Malaysia win Dota 2, eFootball gold medals at Commonwealth Esports Championships

“Saya bersyukur kerana ini adalah impian saya. Saya sudah menunggu untuk masa yang lama. Kemenangan ini juga sangat bermakna untuk orang di rumah, yang menonton secara atas talian.” ujar Haikal.

Seterusnya, Skuad Dota 2 Wanita Malaysia juga telah memenangi pingat emas setelah mengalahkan England di Grand Finals.

Seterusnya, pasukan lelaki Dota 2 terus lagi mengharumkan nama negara apabila membawa pingat emas untuk Dota 2 apabila mengalahkan England 2-1.

https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2022/08-august/8/malaysia-dota-2-commonwealth-esports-championships.jpg?ext=.jpg

Nampaknya, e-sukan Malaysia boleh dikatakan yang terkuat setakat ini di Kejohanan E-Sukan Komanwel.

Hanya satu permainan e-sukan yang tidak dihantar oleh Malaysia iaitu Rocket League.

Tahniah diucapkan untuk semua para atlet e-sukan kita!

Majulah e-sukan untuk negara!

Read More

Dota 2: Skuad Wanita negara raih pingat emas

Skuad wanita Dota 2 negara yang menentang England sebentar sahaja tadi meraih kemenangan bersih 2-0 di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.

Kemenangan itu berjaya didapatkan apabila Team Malaysia membawa masuk Alchemist di perlawanan terakhir.

Pasukan England sukar untuk menyekat farming Alchemist dari semasa ke semasa menyebabkan tower mereka hancur dimusnahkan.

Alacrity yang diberikan oleh Invoker kepada Alchemist memperkuatkan lagi kekuatan hero itu.

Selain itu, bantuan stun yang diberikan oleh Dragon Knight dan Nyx Assassin membuatkan mereka mudah untuk merusuh ke arah pasukan England.

Skuad wanita negara mengakhiri permainan dengan rampage yang berjaya didapatkan oleh iStarx.

Tahniah diucapkan kepada skuad wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan membawa pulang pingat emas.

Team Malaysia bersama pengurus mereka, Afiq Fadhli Narawi.

Mereka membuktikan mereka adalah skuad wanita Dota 2 terbaik negara dengan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.

Team Malaysia bersama MESF (Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia).

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results