Blacklist International

Skin Estes M3 sudah tiba?

Pada Disember lalu, Blacklist International sepakat memilih Estes sebagai hero yang akan menerima skin kerana memenangi kejohanan dunia Mobile Legends, M3. Skin itu seterusnya akan bertemakan organisasi dari Filipina itu.

OhMyV33nus memberikan pandangannya terhadap skin Estes terbaru itu dan menyifatkan ianya menepati cita rasanya. Namun begitu, dia mahukan skin itu ditukar supaya warna keemasan di dalam efek skill tidak begitu ketara dan mereka sudah membincangkan perkara ini dengan pihak Moonton.

Kini, tular sekali lagi skin Estes yang sudah dikemaskini yang bertemakan pasukan Blacklist International. Anda boleh melihat pautan video yang dikongsikan oleh pengguna Youtube bernama Whiz Super di bawah untuk melihat efek skill skin itu sendiri.

Skin Estes itu mempunyai gaya tangan yang sering dilakukan oleh OhMyV33nus dan mempunyai lagu apabila dia menggunakan Blessing of Moon Goddess. Apakah pendapat anda tentang skin ini? Adakah ianya sesuai dengan citarasa anda? 

Sumber: ONE Esports

Foto: Whiz Super

Read More

MOBILE

Kenapa V33Wise tak sertai MPL PH S9? Ini jawapan Blacklist International

Blacklist International adalah pasukan Mobile Legends Bang Bang yang berasal dari Filipina. Pasukan ini mendominasi arena kompetitif dengan menjuarai kedua-dua MPL PH Musim Ke-7 dan Ke-8, malah juga menjuarai kejohanan MLBB terbesar di dunia, M3 World Championship.

Selepas kejohanan dunia, OhMyV33nus serta Wise mengumumkan bahawa mereka akan berehat buat seketika pada musim hadapan.

Menurut Tryke Gutierrez, CEO Tier 1 Entertainment dan pemilik Blacklist International, duo berbisa itu mengambil rehat dari media sosial dari segi mental dan fizikal. Ini susulan kes di mana mereka menerima komen berbaur homofobik dari pemain Omega Esports, Kelra, serta netizen.

Gutierrez juga memaklumkan bahawa duo dinamik sudah bermain Mobile Legends sejak sebelum permainan itu menjadi besar. Beliau merasakan inilah sebabnya duo itu pasti berhak dan memerlukan rehat yang diperoleh dengan susah payah.

Selain itu, Gutierrez meneliti juga permainan Bren Esports di mana ia jelas bahawa barisan pemain Bren Esports keletihan dan tidak bermain seperti mana mereka sepatutnya bermain.

“Saya rasa selepas M2, tekanan terlalu tinggi bagi Bren Esports dan rasanya mereka perlu memenangi semua perlawanan mereka,” kata Gutierrez tentang prestasi Bren Esports.

“Jika anda mampu mengalahkan Bren Esports, ia seperti anda mengalahkan juara dunia, jadi setiap perlawanan bagi mereka adalah seperti perlawanan grand final,” sambungnya lagi.

Jadi, itu punca mengapa duo V33Wise direhatkan, agar mereka tidak tertekan untuk kejohanan-kejohanan masa hadapan.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

MOBILE

Blacklist International bubar pasukan PUBG Mobile

Pasukan Blacklist International yang baru-baru ini sudah menempah nama dengan MLBB tetapi apakah daya squad PUBG Mobile mereka tidak mempunyai prestasi yang cemerlang.

Blacklist Inernational membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka mengumumkan pembubaran pasukan itu.

“Terdapat beberapa faktor atas keputusan ini dan salah satunya adalah pasukan ini tidak berjaya mecapai apa yang kami mahu dan capai,”

Di pusingan kelayakan Liga Profesional (PMPL MYSGPH), Blacklist hanya berjaya memperoleh tempat kelima dan terlepas peluang untuk ke liga besar itu. Slot itu dimenangi oleh KHI Esports.

Terima kasih Blacklist International PUBG Mobile dan semoga berjaya di luar sana.

Read More

MOBILE

Eson dan Kevier ganti Wise dan V33nus untuk MPL PH musim ke-9

Pasukan Blacklist International sebelum ini mengumumkan bahawa duo terhebat V33 dan Wise tidak akan bermain untuk MPL PH musim ke-9.

Keputusan itu dibuat untuk memberikan peluang kepada mereka berdua untuk berehat seketika dari arena kompetitif. Di samping itu, meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

https://www.instagram.com/p/CYwDYBhNj-p/

Kini, Blacklist International mengumumkan pengganti buat duo terhebat itu, mereka adalah Eson dan Kevier. Kevier adalah pemain termuda yang menyertai MPL musim ini.

Adakah pemain baru ini dapat memberikan prestasi yang lebih hebat dari V33 dan Wise? 

MPL PH musim ke-9 akan menyaksikan pasukan Blacklist International berusaha untuk mempertahankan gelaran mereka sebagai juara bertahan.

Read More

MOBILE

Saya yakin Blacklist International tetap menjadi pasukan terkuat walaupun tiada V33 dan Wise – Bon Chan

Pasukan Blacklist International adalah pasukan yang paling kuat di Mobile Legends ketika ini. Mereka mendominasi Kejohanan Dunia M3 dengan corak permainan yang begitu sukar untuk ditewaskan musuh.

Meskipun mereka gagal untuk menjadi juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) selepas tewas di tangan ONIC ID, mereka berjaya bangkit semula untuk menewaskan ONIC ID di M3.

Menurut OhMyV33nus, pasukan mereka tidak pernah tewas terhadap lawan yang sama sebanyak dua kali di saat ini.

https://www.instagram.com/p/CYguoidv6hq/

Selepas pengumuman duo terhebat V33 dan Wise tidak akan bermain untuk musim ke-9. Bon Chan di dalam temubual bersama ONE Esports menyatakan beliau yakin pasukan Blacklist akan tetap menjadi yang terkuat.

“Itu semua bergantung kepada pemain baru, adakah mereka cepat mengadaptasi dengan gaya permainan kami atau tidak. Jika mereka cepat belajar, kami mampu mempertahankan gelaran (MPL) itu,” katanya kepada ONE Esports.

“Dex Star dan saya tidak pernah salah dalam memilih pemain. MPL PH musim ke-9 akan menjadi musim yang menarik,” ujar beliau.

Siapakah yang bakal menjadi pengganti OhMyV33nus dan Wise di MPL PH musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Read More

MOBILE

Juara M3, V33Wise bakal berehat dari MPL PH musim ke-9

Blacklist International mendominasi MPL  Filipina untuk beberapa musim dan juga juara M3.

OhMyV33nus dan Wise akan berehat dari bermain di MPL PH Musim ke-9.

Atas persetujuan kedua-dua pihak, mereka akan berehat sementara bagi mempersiapkan diri bagi musim ke-10 nanti.

Kedua-dua pemain ini akan masih berada di bawah Tier One Entertainment.

Mereka juga mahu meluangkan lebih banyak masa untuk bersama-sama keluarga.

Duo terhebat ini V33Wise juga mengucapkan terima kasih kepada semua terutama V33Wise Fam dan Blacklist Agents untuk setiap sokongan yang diberikan selama ini.

Read More

Showing 1 - 6 of 6 Results