Axie Infinity

Kecewa, Axie Infinity punca ramai gamer Filipina kehilangan wang penat lelah

Axie Infinity pada mulanya menunjukkan permainan video NFT  boleh menjanjikan masa hadapan yang baik untuk pemain mencari pendapatan sampingan.

Permainan di pelbagai platform ini boleh dikatakan Pokemon versi NFT yang dicipta oleh studio Vietnam bernama SkyMavis dan menjadi fenomena tahun lalu.

Keadaan bermula menjadi teruk apabila ramai pelabur hilang duit apabila permainan itu digodam sebanyak RM2.4 Bilion.

Kini menurut Time Magazine, ramai pemain Filipina kehilangan wang mereka dan kini ramai ditimpa kesusahan.

Dulu Axie Infinity menjadi cara alternatif untuk pekerja di Filipina menambah duit poket namun kini menjadi mimpi buruk untuk semua yang melabur menghabiskan masa dan wang.

Boleh dikatakan Axie Infinity menggunakan konsep sama dengan skim cepat kaya dan pasaran NFT itu nyata tidak sesuai untuk jangka masa lama.

Malah, semakin ramai pengguna maka keuntungan diperoleh dari bermain game ini menjadi lebih sedikit dan lebih rendah dari gaji minimum di Filipina.

Satu-satunya cara untuk mendapat peraliran wang adalah dengan pemain baharu tetapi nampaknya ramai masih skeptikal dan tidak mencuba permainan ini.

Axie Infinity pula mempunyai konsep permainan yang tidak menyeronokkan kerana terlalu banyak grind dengan mod permainan yang berulang-ulang.

Masa yang diluangkan tidak setimpal dengan apa diluangkan.

Rujukan: Time Magazine, IGNSEA

Read More

MOBILE

Permainan NFT popular Axie Infinity hilang RM2.4 bilion

Axie Infinity adalah permainan video seakan-akan Pokemon tetapi menggunakan rekaan raksasa mereka tersendiri dan setiap Axie mempunyai keunikan tersendiri.

Dianggarkan sebanyak AS$600 juta(RM2.4 bilion) kriptowang dicuri dan digodam dari Ronin.

Ronin adalah salah satu blockchain yang menjaga permainan video NFT popular Axie Infinity.

Syarikat Sky Mavis kini sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk mengembalikan 173,600 Etherium yang bernilai lebih kurang RM1.8 bilion dan AS$25.5 juta (salah satu jenis kriptowang).

Menurut Sky Mavis, penggodam itu menggunakan kata kunci persendirian untuk menjejaskan rangkaian blockchain Ronin.

Sky Mavis juga memberitahu token NFT Axie yang perlu dibeli untuk bermain Axie Infinity masih belum terjejas.

Mereka juga masih bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang, ahli forensik kriptografi dan pelabur untuk memastikan pengguna tidak kehilangan dana mereka.

Sky Mavis akan meningkatkan lagi transaksi kepada lapan dan membuka semula Ronin selepas memastikan tiada dana yang hilang.

Kehilangan dari hasil penggodaman ini adalah kehilangan terbesar NFT setakat ini.

Rujukan: Ronin

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results