News Categories

MOBILE

PUBG Mobile kolaborasi dengan Dragon Ball!

PUBG Mobile hari ini mengumumkan kolaborasi bersama siri anime ikonik sepanjang zaman, Dragon Ball. Ia bersempena filem terbaru, Dragon Ball Super: Super Hero yang dilancarkan di panggung wayang.

Ia mengisahkan tentang Askar Red Ribbon yang dimusnahkan oleh Son Goku dan kini kembali dalam bentuk Androids, Gamma 1 dan Gamma 2. Inilah masanya wira bumi berganding bahu menewaskan mereka.

Dragon Ball Super: Super Hero sudah pun ditayangkan di panggung wayang berdekatan anda.

Sebelum ini, PUBG Mobile sudah pun berkolaborasi bersama Neon Genesis Evangelion, Jujutsu Kaisen dan Arcane.

Read More

CONSOLE

Streamer diharamkan dari Twitch kerana bersenggama ketika bersiaran langsung

Twitch mengharamkan seorang streamer kerana sedang bersiaran langsung ketika sedang bersenggama. Tidak pelik untuk Twitch mengharamkan seseorang itu disebabkan kandungan seksual namun kali ini ramai orang cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Twitch. Siapa sangka ada individu yang begitu berani membuat penstriman siaran langsung seumpama ini. Siaran langsung ini berlaku pada 24 Ogos lepas dan streamer itu menggunakan nama kimmikka. Ketika strim, dia berdiri menghadap meja dan tidak lama kemudian ekspresi mukanya berubah sekaligus menarik perhatian chat. Dia cuba untuk menutup perkara ini namun bayangan teman lelakinya jelas kelihatan di cermin dan jelas ternampak di dalam kamera. Nampaknya, Twitch seolah-olah berubah sejak penambahan Hot Tub Stream.

Read More

MOBILE

Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia. Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.
Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin. Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu. Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.

Read More

News Categories

Logitech memperkenalkan siri produk terbaru, Aurora Collection

Logitech kini melancarkan koleksi Aurora, merangkumi Headset Gaming nirwayar G735, Papan Kekunci Gaming nirwayar G715, Papan Kekunci Gaming G713 dan tetikus Gaming G705. Rekaan bagi produk-produk ini adalah bebas jantina bermaksud wanita yang minat bermain game juga boleh menggunakannya di samping rekaan yang ranggi, kemas dan berjiwa muda dengan sentuhan elemen minimalistik. Ia juga mempunyai aksesori yang boleh dipadankan dengan bermacam jenis warna boleh dipilih. Teknologi LIGHTSPEED yang canggih untuk prestasi teknologi nirwayar dan teknologi mikrofon Blue VO!CE diperkenalkan. “Kebiasaannya industri permainan video tersekat dalam mentaliti yang satu saiz sesuai untuk semua. Tapi ia bukan menggambarkan pelbagai pengguna yang gemar bermain permainan video untuk keseronokan dan mereka yang suka menonjolkan diri. “Apabila kami lihat balik produk gaming kami, kami sedar kami boleh buat dengan lebih baik,” kata Naib Presiden dan Pengarah Bersama Logitech G, Ujesh Desai. Koleksi ini mempunyai tiga prinsip: Keselesaan: Mereka mengambil kira faktor rambut panjang, kaca mata, earrings dan tangan yang lebih kecil. Ia seterusnya menghasilkan produk yang sesuai untuk sesi permainan lebih lama dan bahan-bahan digunakan adalah ringan dan lembut apabila disentuh. Kebolehcapaian: Tiada lagi bucu yang tajam, warna hitam tapi sebaliknya mengutamakan tona lembut dan bahan lutsinar. Playfulness: Koleksi Aurora ini memfokuskan ekspresi diri. Produk ini hadir dalam warna asas White Mist yang boleh customize menggunakan aksesori Pink Dawn dan Green Flash. pemain juga boleh menunjukkan sisi kreatif mereka dengan beribu kombinasi pencahayaan yang tersedia di GHub bersama-sama pencahayaan ikonik Koleksi Aurora iaitu Play Moods. Koleksi ini merangkumi: ● G735 Wireless Gaming Headset (RM949) – Menampilkan warna White Mist dengan pencahayaan RGB dan dual-audo mixing. Ia juga menampilkan teknologi Blue VO!CE dan sesuai untuk pemain yang mempunyai saiz kepala lebih kecil. Ia boleh digunak