MOBILE
Siapa pemain baru Geek Fam ini?
Geek Fam nampaknya mula mengacah pemain baharu mereka yang akan bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, tidak banyak dinyatakan tapi admin @geekfammy hanya menulis Sheep.
Jika kita rungkai balik MPL pada musim-musim lepas, tiada nama IGN Sheep dalam mana-mana pasukan. Jadi adakah si dia pemain yang betul-betul baru dalam MPL?
Terdahulu, Amoux mengatakan kejutan besar-besaran akan berlaku pada Geek Fam pada 21 Januari (esok) dan meminta peminat menantikannya dengan penuh sabar.
Malah, lineup ini juga mempunyai pemain yang sudah pernah bertanding dalam MPL.
Selepas enam musim, Potato akhirnya meninggalkan EVOS SG
Selepas enam musim Liga Profesional Mobile Legends (MPL), Andrew Lim atau lebih dikenali sebagai Potato kini meninggalkan pasukannya, EVOS SG.
Dalam satu video tribut di Instagram, EVOS SG menunjukkan klip Andrew menceritakan pengalamannya dari awal sehingga ke kejohanan dunia.
View this post on Instagram
Sepanjang kariernya, Potato banyak membantu pasukan itu menjadi juara antaranya MPL MYSG musim keempat, MPL SG 1 & 2 serta layak ke kejohanan M sebanyak tiga kali.
Pastinya kehilangan Potato akan memberikan kesan kepada EVOS SG dan pastinya mereka perlu mencari rentak kembali kerana kehilangan pemain veteran.
Semoga berjaya di luar sana Potato!
4 cara nak counter Yin
Yin adalah hero baru Mobile Legends yang amat menjengkelkan bagi sesiapa yang berhadapan dengannya.
Ini kerana ulti yang digunakan, My Turn mampu menyekat seorang musuh ke dalam medan pertarungan tersendiri (hanya Yin dan musuh) selama beberapa saat. Yang merisaukan, ulti ini boleh digunakan kepada sesiapa saja termasuklah jungler musuh.
Dia juga akan bertukar jadi Lieh dan kuasanya dipertingkatkan lagi dengan banyak.
Jadi, tindakan terbaik sekarang di rank adalah mengenakan ban kepadanya sekali gus menghalang outplay yang bakal terjadi.
Tapi, bagi anda yang terpaksa melawan Yin kerana terlepas ban ataupun apa pun sebabnya, ini adalah tips yang penulis syorkan.
1. Jika terkena ulti, cuba lawan
Salah satu kesilapan pemain ketika melawan Yin adalah melarikan diri daripada beliau ketika dalam ulti. Yin kuat tapi itu tak bermakna anda tak boleh membunuhnya. Jika Lieh (transformasi Yin) menggunakan Frenzy Strike, cuba elak dengan sebaik mungkin.
Hero seperti Yi Sun Shin dan marksman dengan keupayaan mobiliti boleh mengelak dengan baik kuasa ‘mengetuk tanah’ ini. Malah, skill ini ada kelemahan di mana fasa awalnya akan sasar automatik dan fasa seterusnya memerlukan pemain menyasar sendiri. Jadi anda boleh kelirukan pemain Yin kurang berpengalaman untuk meneka di mana anda akan bergerak.
Bagi penulis, hero dengan kuasa atau item lifesteal mampu melawannya dengan baik.
2. Main dengan selamat
Biasanya Yin memerlukan jarak dekat untuk menggunakan My Turn. Jadi jaga jarak anda dengan baik dengan melindungi di belakang tank. Kenakan damage dari jauh tapi berhati-hati dengan kuasa kedua Yin, Instant Blast yang membolehkannya Dash ke depan dan stun anda yang berada di belakangnya.
Selagi anda jaga jarak, selagi itu anda boleh selamat daripada Yin.
3. Kalaupun anda mati dengan ulti, Yin juga ‘tinggi’ peluang untuk mati
Kelemahan My Turn adalah lokasi di mana Yin dan musuh tetap takkan berganjak dan hanya berada di satu tempat. Jika pemain Yin seorang yang agresif dan bermain solo, anda boleh menghukumnya dengan mengajak pasukan lain melindungi jungler. Selepas tamat ulti, Yin tetap akan keluar di lokasi sama dan anda boleh menunggu untuk ‘spam’ kesemua kuasa kepadanya.
Namun, pemain Yin yang bijak akan melakukan ulti ketika teamfight di kawasan Lord dan Turtle sekali gus menghalang jungler anda menggunakan retribution.
4. Kadita, Argus dan fighter dengan pertahanan tinggi
Kadita boleh mengelirukan Yin dengan kuasa pertama ombaknya sekali gus melarikan diri daripada ditumbuk. Kuasa kedua juga boleh buat Yin terhenti seketika. Jika nyawanya sikit, Kadita boleh guna ulti untuk melambatkan lagi usaha Yin membunuhnya.
Badang pula sangat kuat dengan attack speed items. Golden Staff saja sudah mencukupi untuk menambah kelajuan serangan Badang yang boleh menyebabkan mini-stun kepada Yin. Namun, untuk lebih selamat, gunakan Argus di mana ultinya boleh menambah nyawa dan melambatkan kematian.
Gunakan juga fighter yang mempunyai pertahanan tinggi seperti Silvanna dan Yu Zhong untuk melawannya.
Pastikan anda menggunakan mana-mana ulti ketika berada dalam domain Yin dan bukannya SEBELUM terkena ulti.
Kerana video lucah Tifa (Final Fantasy VII), mesyuarat kerajaan Itali terganggu
Para penggubal undang-undang di Itali baru-baru ini mengadakan satu mesyuarat di Zoom mengenai ketelusan data yang perlu dibuat untuk keputusan kerajaan Itali.
Namun malang tidak berbau, terdapat satu individu yang menganggu siaran itu dengan memainkan video lucah CGI Final Fantasy VII, Tifa Lockhart sedang bersetubuh.
anyway, on lighter news, have you heard about the Tifa Lockhart hentai video that was accidentally shown during a meeting of the Italian senate yesterday
— Ducktor Naldush (@FrancescoDonald) January 18, 2022
Mesyuarat itu diketuai oleh Senator Five Star Movement, Maria Laura Mantovani dan pada setengah jam pertama semuanya berjalan lancar.
Tetapi ketika beliau mahu memperkenalkan Giorgio Parisi, salah seorang pemenang Nobel Prize, klip itu kemudiannya dimainkan.
Klip itu dimainkan selama 30 saat sebelum akhirnya ditutup oleh admin mesyuarat Zoom itu.
Mantovani ketika itu masih bercakap dan tidak sedar tentang apa yang berlaku dan berhenti apabila ada orang menjerit ‘pesalah seks’ di dalam bahasa Itali.
Kejadian ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini juga di Facebook, video lucah FFVII juga pernah dimainkan ketika siaran langsung Senato TV.
Mobile Legends paling banyak ditonton pada 2021, mengatasi PUBG Mobile dan Free Fire
Mobile Legends: Bang Bang mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan tontonan tertinggi bagi kategori permainan mudah alih.
Mengikut data terbaru dari Esports Chart, MLBB mencatatkan sebanyak 386.88 juta jam tontonan sepanjang tahun itu.
Di tempat kedua adalah PUBG Mobile dengan 214.71 juta jam manakala Free Fire mengikut rapat di tangga ketiga dengan 142.20 juta jam.
Di rekod pertama itu, MLBB mencatatkan rekod baru dengan 2.5 kali ganda lebih banyak berbanding 2020. Kejohanan Dunia, M3 pula mencatatkan 3.1 juta tontonan puncak.
Laporan itu juga mengatakan lebih tujuh kejohanan diadakan yang berjaya menarik lebih sejuta tontonan puncak setiap satu termasuk kejohanan antarabangsa dan liga serantau MPL untuk Indonesia dan Filipina.
Sementara itu, League of Legends Wild Rift juga sedang meningkat naik, dikhabarkan rekodnya sudah melepasi Brawl Stars, Clash Royale dan Call of Duty: Mobile.
Sumber: Esports Chart
Orange Esports jumpa siapa tu…?
Orange Esports, salah satu pasukan yang bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 mengacah sesuatu menerusi hantaran Instagram Story mereka hari ini.
Menerusi perkongsian di bawah, kelihatan Pengurus Operasi Orange Esports, Kelvin Pang dan yang lain sedang menunggu kehadiran seseorang.
Di slide yang kedua, Kelvin mengucapkan selamat tinggal kepada individu itu. Sepertinya mereka ingin mengacah satu kolaborasi baru bersama pasukan.
Malah, Kelvin dalam satu hantaran di FB Group MPL MY juga mengatakan ada kejutan menunggu kepada peminat.
Orange sendiri dikenali dengan ‘cara’ mereka merekrut pasukan untuk bermain di MPL sepanjang satu musim.
Jadi siapakan yang akan bermain di bawah Orange nanti?
Sebelum ini, lineup terdahulu dilepaskan dan mereka membawa haluan masing-masing. Malah, ada antara mereka yang sudah pun menyertai pasukan profesional seperti Team Haq Academy dan bermain untuk RSG di kejohanan MEC 2021/2022 tak lama dulu.
Inilah senarai lengkap barisan pemain pasukan MPL PH musim ke-9
MPL PH adalah salah satu liga profesional Mobile Legends yang melahirkan ramai pemain-pemain berkaliber di Land of Dawn.
Mereka kini memegang gelaran juara dunia sebanyak dua kali bermula dari siri M2.
Bermula pada 18 Februari, MPL PH kini mendedahkan barisan pemain buat semua pasukan yang menyertai.
BLACKLIST INTERNATIONAL
Juara bertahan MPL PH dianggotai oleh:
- Edward
- Oheb
- Hadji
- Dex Star
- Kevier
- Eson
ONIC PH
Naib juara MPL PH musim ke-8 dianggotai oleh:
- Kairi
- Markyyyyy
- Ryota
- Micophobia
- Baloyskie
- Beemo
- Dlarskie
- Hatred
OMEGA ESPORTS
Omega Esports dianggotai oleh:
- Raizen
- Z4pnu
- E2Max
- Ch4knu
- Renzio
- Kelra
- Allidap
- Kielvj
- Amethyst
- Outplayed
ECHO
Echo dianggotai oleh:
- 3Martzy
- Kurtzy
- Hadess
- Killuash
- Bennyqt
- Yawi
- Rk3
- Rafflesia
- Aaronot
- Karltzy
RSG PH
RSG PH dianggotai oleh:
- Aqua
- Demonkite
- Emann
- Exort
- Wrecker
- Heath
- Kenji
- Kousei
- Light
- Nathzz
BREN ESPORTS
Bekas juara dunia M2 dianggotai oleh:
- Saxa
- Stowm
- Pheww
- Pandora
- Super Marco
- Flap
- Jowm
- Lusty
- Lord Malikk
- Joy Boy
TNC PRO TEAM
TNC dianggotai oleh:
- Escalera
- Sdzyz
- Kramm
- Kingsalman
- Yasuwo
- Benthings
NEXPLAY EVOS
Nexplay EVOS dianggotai oleh:
- Cadenza
- Yellyhaze
- H2wo
- S4gitnu
- Donut
- Elpizo
- Ureshiii
- Hesa
- Renejay
- MP The King
Inilah kesemua barisan pemain MPL PH musim ke-9. Pasukan manakah yang bakal muncul juara untuk musim kali ini?
Nyatakan komen anda di ruangan yang disediakan.
Foto dan sumber: MPL PH
Kemahiran saya ada sekarang tidak setaraf di dalam MPL – Wannn
Wannn adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends untuk pasukan EVOS Legends.
Beliau adalah bekas juara dunia M1 dan prestasinya bermain sebagai jungler sangat hebat. Namun di musim ketujuh MPL ID, beliau mula rehat dan digantikan oleh Ferxiic.
Bermula musim kelapan, beliau kembali untuk melakukan comeback akan tetapi tidak bermain sebagai jungler sebaliknya bermain sebagai midlaner.
https://www.instagram.com/p/CY3cS_rKLua/
Kini, wannn menjelaskan di dalam sebuah penstriman langsung bahawa beliau akan turun bermain di MDL.
Wannn menyatakan kebolehan beliau dan kemahirannya tidak lagi setaraf di dalam MPL. Malah beliau turut menyatakan bahawa tidak mahu menjadi beban untuk pasukan.
Jika benar apa yang diperkatakan oleh Wannn, pasti akan ada pengganti buat beliau di dalam pasukan MPL EVOS Legends musim kali ini.
Sumber: @emak_moba
Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals
Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals yang akan bertanding di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat akhir nanti.
Ucapan itu dibuat di dalam sebuah hantaran Facebook beliau semalam. Beliau sempat minum petang bersama pasukan tanah air serta mendengar perancangan mereka.
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada pasukan 4Rivals dan Team Secret yang akan mewakili Malaysia untuk merebut gelaran juara dunia PUBG Mobile.
Nantikan perlawanan mereka pada hari jumaat sehingga ahad ini. Jangan lupa untuk berikan sokongan yang padu kepada mereka.
Foto: Najib Razak
Xray sudah bertunang
Bekas pemain pasukan Todak iaitu Xray mengumumkan pertunangan beliau bersama insan tercinta semalam.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi beliau.
https://www.instagram.com/p/CY1Ot57PcNW/
Terdahulu, Xray mengesahkan bahawa beliau akan berehat dari arena kompetitif dan kini kembali bermain untuk pasukan Geek Fam bagi persediaan menghadapi MPL MY musim ke-9.
Tahniah diucapkan kepada Xray, semoga diberikan rezeki dan dipanjangkan jodoh untuk berkahwin kelak.
Foto: Xray
EA Sports UFC ditutup untuk digantikan dengan EA Sports UFC Mobile 2
Permainan EA Sports UFC bakal ditutup selepas 9 tahun dilancarkan. Berita ini disusuli dengan khabar baik. Penutupan permainan ini membuka ruang untuk pelancaran permainan baru UFC iaiatu EA Sports UFC Mobile 2.
Menurut EA, permainan UFC pertama itu akan ditutup secara rasmi pada hujung bulan ini iaitu 31 Januari. Namun, ciri dalam permainan itu masih digunakan juga.
Pemain masih boleh menggunakan mana-mana Gold sedia ada dan menikmati semua aspek permainan kecuali yang memerlukan sambungan atas talian.
Setelah penutupan ini berlangsung, EA bakal melancarkan EA Sports UFC Mobile 2 pada peranti mudah alih tidak lama lagi. Permainan ini bakal muncul di Apple App Store serta Google Play Store.
Beta permainan ini pernah dilancarkan sekitar awal tahun lepas di Filipina serta New Zealand dan menerima respon positif dari peminat dan penguji beta.
Dengan UFC Mobile 2 ini, EA akan lebih menumpukan pada permainan, serta acara tetap dan kemas kini kandungan.
EA juga berharapa permainan ini diterima baik setelah EA pelajari daripada kesilapan dari permainan sebelumnya.
Sumber rujukan: GamingOnPhone
Free Fire World Series akan berlangsung di Singapura bulan Mei ini
Kejohanan Free Fire yang paling ikonik, Free Fire World Series (FFWS), akan berlangsung di Sentosa, Singapura. Sentosa terletak tidak jauh dari pantai selatan Singapura, dan adalah kawasan paling menarik untuk pelancong menikmati pandangan serta tarikan yang berada di pulau itu.
Bagi peminat Free Fire, tarikan utama yang menjadi titik perhatian adalah kejohanan terbesar permainan itu sepanjang tahun. FFWS menyerlahkan usaha berterusan Garena untuk merangsang komuniti global dengan kandungan e-sukan yang kompetitif dan menarik, sambil mengutamakan keselamatan semua yang terlibat.
Format
22 pasukan dari serata dunia akan menyetai kejohanan ini. Penyertaan pasukan-pasukan dari Amerika Utara, Pakistan, Brazil, Taiwan, Indonesia, Commonwealth of Independent States (CIS), Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Amerika Latin, Malaysia & Kemboja & Filipina (MCP), Vietnam, India, Amerika Latin dan Eropah akan ditentukan oleh pusingan kelayakan serantau.
12 pasukan pula akan bertarung dalam pusingan play-in untuk peluang mendapat tempat di peringkat akhir.
Dua pasukan teratas peringkat pertama ini akan menyertai 10 skuad lain yang sudah layak pada 21 Mei.
Hari perlawanan FFWS 2022 Sentosa akan berlaku dengan enam pusingan merentas tiga peta Free Fire.
Pasukan akan menerima mata untuk kedudukan mereka dalam ranking perlawanan dan untuk jumlah pembunuhan.
FFWS akan berlangsung pada 14 Mei untuk peringkat play-ins manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 21 Mei.
Sumber rujukan: Dotesports