Riot melancarkan treler sinematik VALORANT terbaru yang berjudul ‘Warm Up’

By syazwanbahri | January 11, 2022

Dunia VALORANT penuh dengan watak yang penuh personaliti yang menarik. Kini, dengan penambahan Neon kepada barisan watak VALORANT, ia menjadikan jumlah watak kepada 19 dan ini membuka peluang untuk Riot Games menjadi lebih kreatif dengan dunia permainan itu.

Syarikat itu berjaya menghasilkan salah satu animasi yang terbaik sepanjang tempoh permainan itu dilancarkan. Animasi itu boleh ditonton di bawah:

Berdasarkan animasi di atas, kita boleh lihat perwatakan setiap watak dalam permainan ini. Sebagai contoh, Killjoy dan Raze antara watak yang penuh bertenaga, manakala Phoenix watak yang berlagak dan yakin.

KAY/O pula sebuah robot yang berperwatakan garang. Jett dan Yoru pula yakin seperti biasa. Kali terakhir kita melihat Yoru adalah di sedutan video Episode 2: Retake, dan kini kita dapat lihat beliau bersosial bersama pasukannya. Cypher pula menjadi bahan lawak yang dikatakan mati pada setiap treler sinematik.

Kita juga dapat lihat bahawa pasukan itu, juga digelar VALORANT Protocol, diketuai oleh Brimstone dan Sage. Berdasarkan penceritaan dunia VALORANT, Brimstone dan Viper adalah ahli terawal VALORANT Protocol, tetapi Sage adalah antara Radianite, iaitu seseorang yang mengawal kuasa luar biasa tenaga Radiant, yang terawal yang menjadikan beliau mahir dengan kuasa itu.

Video animasi ini juga menimbulkan beberapa soalan. Adakah Riot Games akan menghasilkan siri animasi VALORANT sepertimana mereka lakukan dengan League of Legends dan Arcane?

Ia pasti menarik jika mereka dapat menghasilkan siri animasi VALORANT.