Mat Kilau kini menjadi karakter dalam permainan King of Nations

By Hazril Md Nor | August 23, 2022

Mat Kilau menjadi bualan hangat bagi rakyat Malaysia. Buktiknya, filem yang diarahkan Syamsul Yusof ini sudah meraih kutipan lebih dari RM90 juta.

Pun begitu, legasi hero Malaya ini tidak terhenti di sini. Dari layar perak, watak ini juga dikembangkan ke industri permainan mudah alih. Terbaru, permainan King of Nations memaparkan Mat Kilau sebagai karakter terbaru mereka.

Ini bermakna King of Nations menjadi permainan pertama yang menampilkan pahlawan Melayu, Mat Kilau sebagai watak boleh digunakan.

Dari segi pakaian, Mat Kilau menggunakan Baju Silat dengan buatan yang terperinci. Dia juga dilengkapi dengan hiasan kepala iaitu Tengkolok dan senjata tradisional seperti keris.

Menggunakan kombinasi PVP dan PVE, King of Nations adalah permainan kad dengan konsep role-playing dan giliran. Anda mengumpul hero dari era tamadun yang berbeza.

Game dibangunkan oleh VNG Games ini juga menggunakan sistem idle yang mana hero dan askar anda akan tetap berlawan meskipun anda tidak membuka aplikasi permainan.

Ia kini tersedia untuk dimuat turun di gedung Apple App Store dan Google Play Store.