“Jangan pernah bawa isu agama dalam ‘game’,”- Kelvin Pang

By | March 29, 2022

Berikutan isu provokasi yang sedang hangat dibicarakan ini, seorang pengguna Facebook iaitu Kelvin Pang, meluahkan rasa kecewa terhadap isu ini.

Katanya, sebagai seorang individu yang mempunyai ramai kawan beragama Islam, dia menekankan hal berkaitan agama tidak sepatutnya dibawa ke dalam industri e-sukan.

“Saya tak kisah awak datang dari mana. Jangan gelar diri anda seorang profesional jika anda tidak mempunyai kesopanan dan tidak mempunyai sedikit pun toleransi berkaitan agama.

“Walaupun anda mahir dalam permainan, tetapi jika anda tidak boleh berusaha menjadi manusia yang baik di luar, tiada gunanya,” katanya.

Dia juga menyatakan, setiap tindakan yang dilakukan pasti mempunyai kesan.

“Seseorang pemain professional seharusnya menjadi contoh yang baik kerana apa yang dia cakap dan apa yang dia buat akan diperlihatkan kepada orang ramai.

“Kini tiba masa untuk membayarnya,” tulisnya.

Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran agar tidak akan berlakunya isu provokasi ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan menulis komen yang dianggap provokasi kerana membabitkan agama kepada pemain Geek Fam, Dominus.

MPL MY juga sedang menyiasat isu ini.

Foto: Facebook Kelvin Pang