EACC 2022 dimenangi oleh Kwangdong Freecs dari Korea Selatan

By Hazril Md Nor | August 22, 2022

Pasukan Korea Selatan, Kwangdong Freecs berjaya menjadi juara kejohanan FIFA Online 4, EACC Summer 2022.

Hasil kemenangan ini, Kwangdong membawa pulang keseluruhan AS$35,000 (RM156,000).

Hari terakhir (grand final) menunjukkan dominasi dari Kwangdong yang mana mereka berdepan pasukan senegara, CrazyWin yang menang ke atas DHFC 3-2 dan ProGamer 3-1.

Walaupun CrazyWin mendominasi ke atas Kwangdong, mereka terus mencari rentak dan titik penyamaan sekali gus merebut gelaran juara.

KDF SeongMin adalah pemain MVP bagi siri ini, memenangi tiga perlawanan menerusi sepakan penalti.

EACC 2022 membawakan 12 pasukan dari empat negara, China, Korea, Thailand dan Vietnam.