Dota 2 Dragon’s Blood musim ketiga mungkin akan diumumkan awal tahun ini

By syazwanbahri | January 21, 2022

DOTA: Dragon’s Blood musim 2 dilancarkan secara keseluruhan pada 18 Januari di Netflix. Siri ini terdiri daripada lapan episod yang setiap satunya berlangsung selama 27 minit. Siri ini mengembangkan cerita dunia permainan MOBA Dota 2 di Steam.

Bagi peminat yang sudah habis menonton musim kedua siri ini, sebuah persoalan pasti timbul. Bilakah musim ketiga Dragon’s Blood dilancarkan?

Netflix belum memperbaharui rancangan itu secara rasmi setakat ini. Memandangkan siri ini tidak berdasarkan manga atau novel, keputusan muktamad pemulangan rancangan bergantung sepenuhnya kepada Valve dan Netflix.

Walaupun masih terlalu awal untuk meramalkan perasaan penonton tentang musim terbaharu, musim pertama rancangan itu mendapat penilaian yang sangat baik dan banyak ulasan positif.

Memandangkan Netflix melabur banyak dalam animasi dan siri terbaru dikeluarkan dalam masa kurang daripada satu tahun selepas tamat musim pertama, nampaknya peminat mungkin tidak perlu menunggu lama untuk kembalinya rancangan itu.

Sebagai contoh, siri animasi League of Legends, Arcane, juga dilancarkan pada tahun lepas dan juga menerima respon yang positive dari peminat dan kritik.

DOTA: Dragon’s Blood musim 3 dijangka ditayangkan secara keseluruhan pada akhir 2022 atau awal 2023.

Sumber rujukan: Dualshockers